Friday, 7 June 2013

Asrama isn't bad thing

Assalamualaikum!

Weh sekejap gila rasa masa berlalu ? Cuti dah nak habis . Alaa , sedihnyaa dah nak balik asrama lah idaknya kan ? Ugh . Haihh , ni lah susahnya . Bila dah duduk asrama  , tang cuti dah habis tu mulalah merengek dekat ibu ayah cakap taknak balik . kuikuikui . ibu ngan ayah pun dah lali dah malas nak pikir apalah budak ni ,sebab bila cakap macam tu , ''hmm hmm , dah duduk asrama nak buat mcm mana kan''

Tapi bila dah setahun duduk asrama gwa dah okay sikit . Sedih tu memang ada . Malas nak balik pun ada Tapi , when we get used to it , everything gonna be alright . Ecewahh pandai pulak hengkau berkata-kata pulak kan ? Balik nanti nak nangis gak . cihh.

Eveyone should give a try to stay in the boarding school i guess . why so ? because you guys can experience so many wonderful things ! wahh semangat aku speaking tauu . Hmm , kalau korang nak tahu , cabaran duduk asrama ni memang tak nafikan memang sangatlahh , sangatlahh . haihh taktahu nak cakap macam mana . haa , diam jelah . Tapi korang kena kuat . Actuallly , kalau korang duduk dekat asrama pun akan menjadikan korang lebih kuat , pandai berdikari (alah common dah kan) , lebih tabah gila, lebih lebih lagi kalau korang duduk jauh gila macam haku ni haa tercampak kat penang nun kat utagha sana tauuu . ugh sedihhh gila kita. hahaa dah kenapa banyak ayat gila kan? Mereng.

Aku dah puas menangis tahun lepas . Aku dah puas sedih , aku dah puas rasa macam-macam . Semuanya sebab duduk asrama . Baru 2 tahun kan duduk ? Macam-macam pulaklah aku rasa. tu belum 5 tahun mau naik gila . Hmm , but guess what ? Pernah dengarkan 'Kadangkala Allah datangkan kita hujan petir . Puas kita mencari mana hilang nya Matahari . Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'



Aku bersyukur! Sebab hape? Segala susah payah yang aku hadapi tahun lepas tu , tersembunyi hikmah yang besar buat aku .  (betul kata BAI hekhekhek). Alhamdulillah alhamdulillah . Duduk asrama jadikan aku kuat nak hadapi hidup sendiri . Hidup asrama jadikan aku lebih bersyukur . Duduk asrama matangkan aku dalam aspek kehidupan aku . Duduk asrama buat aku lebih mengenali diri aku sebagai muslimah . Duduk asrama jadikan aku pandai berjimat . catu itu catu ini , sebab apa ? Duit yang parents bagi bukannya cukup setiap bulan sebab kena bayar bnyak benda lagi lagi aku spm tahun ni . lagilah haru aku ikat perut tau tak . Puasa sunatt  pun rajin gila tau. hihihi . Dan yang paling penting duduk asrama menyebabkan aku terpisah jauh dengan family aku yang membuatkan aku lebih menghargai apa itu ikatan kekeluargaan . That's the most beautiful thing i ever discovered when i'm in boarding school . Ya Allah , thank you for your beautiful yet great plans for my life. Aku nak perbaiki diri aku ni . Doakan aku . I'm trying the best i could . in shaa Allah .


I'm telling you guys , asrama life isn't a bad thing cause you'll get to experience many beautiful moments as long as you be patient and just go with flow . You are way far with your family but you always got your friends who can be with you in happy or sad times . Why? Because when you're in boarding school , everyone just same like you . bear that in your mind .

Thanks for reading :)


Tuesday, 4 June 2013

Bila cuti sekolah

Assalamualaikum !

hey there ? lama jugak en aku tak post entri baru kat blog . Dah bersarang fuhh fuhhh  (nak kata ada habuk) . So , macam mana weh cuti korang ? Well , cuti sekolah aku lebih banyak di-spend-kan dengan hanya duduk rumah membesarkan badan yang tak seberapa nak besar ni . Kihkih . betul la weh .


Kerja aku pun online , main twitter , bukak instagram , bukak facebook( tak sampai 10 second pastu tutup) , bila boring tidor dan ugh aku rasa tak berguna pulak . eh . k , tu tak bermakna aku tak buat kerja rumah okayh . aku tolong gak ah ibu buat kerja like menyapu , basuh pinggan mangkuk ( nak promote gak) , tolong masak,tapi yang penting aku lagi banyak tolong kacau . hahahaa . nasib baik sedap jugak rasa dia .  kehkehkehhh .

dan oh ye , kau hengat cuti ni aku tak sentuh buku? disebabkan kasih sayang berlebihan cikgu cikgu gwa kat sekolah tu , semua pakat bagi buah tangan kat kitorang . aku serius rasa nak menangis . dah kenapa sweet sangat ni ? setakat nie bm je yang dah setel . yeahhh cepat tepuk tangan sebab at least aku dah ada homework yang dah setel . hahaha . tinggal agama je . aku fed up gila buat agama sebab buku rujukan tak bawak balik . I was like , macam mana nak buat ni kalau buku takde ?! padan muka kan sebab tak bawak buku balik . tulah mesti masa pack brg nak balik tu eksaited lebih sampai buku lupa masukkan dlm beg dan akhirnya menderita bila nak buat homework tu . ugh...

terpaksalah rerajinkan diri aku yang tak rajin ni weh cari kat web mana-mana nota . dapat gak lah . Tapi , hmm pepaham jela dah kalau bukak kat tenet nak cari jawapan . sekejap sekejap tengok twitter , eh rasa nak tweet la , sekejap usha insta dengan facebook , sekejap bukak blog org , baca , sekejap bukak youtube layan kejap kekejaman happy tree friends , gelak gelak pastu sambung cari balik and bila tension tak jumpa . haaa mulalah bukak balik twitter pastu three four five last sekali tak siap . yeayy , what a good me...

Hari ni dah selasa dah means tinggal lagi beberapa hari je nak habis cuti. ugh , serius masa cepat sangat berlalu . bukak sekolah ni macam-macam weh . dapat result exam , sukan , nak trial lagi . aghhhhhhh , seteuresseu aku bila pikirin .

K ah ciao!