Tuesday, 4 June 2013

Bila cuti sekolah

Assalamualaikum !

hey there ? lama jugak en aku tak post entri baru kat blog . Dah bersarang fuhh fuhhh  (nak kata ada habuk) . So , macam mana weh cuti korang ? Well , cuti sekolah aku lebih banyak di-spend-kan dengan hanya duduk rumah membesarkan badan yang tak seberapa nak besar ni . Kihkih . betul la weh .


Kerja aku pun online , main twitter , bukak instagram , bukak facebook( tak sampai 10 second pastu tutup) , bila boring tidor dan ugh aku rasa tak berguna pulak . eh . k , tu tak bermakna aku tak buat kerja rumah okayh . aku tolong gak ah ibu buat kerja like menyapu , basuh pinggan mangkuk ( nak promote gak) , tolong masak,tapi yang penting aku lagi banyak tolong kacau . hahahaa . nasib baik sedap jugak rasa dia .  kehkehkehhh .

dan oh ye , kau hengat cuti ni aku tak sentuh buku? disebabkan kasih sayang berlebihan cikgu cikgu gwa kat sekolah tu , semua pakat bagi buah tangan kat kitorang . aku serius rasa nak menangis . dah kenapa sweet sangat ni ? setakat nie bm je yang dah setel . yeahhh cepat tepuk tangan sebab at least aku dah ada homework yang dah setel . hahaha . tinggal agama je . aku fed up gila buat agama sebab buku rujukan tak bawak balik . I was like , macam mana nak buat ni kalau buku takde ?! padan muka kan sebab tak bawak buku balik . tulah mesti masa pack brg nak balik tu eksaited lebih sampai buku lupa masukkan dlm beg dan akhirnya menderita bila nak buat homework tu . ugh...

terpaksalah rerajinkan diri aku yang tak rajin ni weh cari kat web mana-mana nota . dapat gak lah . Tapi , hmm pepaham jela dah kalau bukak kat tenet nak cari jawapan . sekejap sekejap tengok twitter , eh rasa nak tweet la , sekejap usha insta dengan facebook , sekejap bukak blog org , baca , sekejap bukak youtube layan kejap kekejaman happy tree friends , gelak gelak pastu sambung cari balik and bila tension tak jumpa . haaa mulalah bukak balik twitter pastu three four five last sekali tak siap . yeayy , what a good me...

Hari ni dah selasa dah means tinggal lagi beberapa hari je nak habis cuti. ugh , serius masa cepat sangat berlalu . bukak sekolah ni macam-macam weh . dapat result exam , sukan , nak trial lagi . aghhhhhhh , seteuresseu aku bila pikirin .

K ah ciao!