Saturday, 17 August 2013

Semangat yang Hilang

Assalamualaikum .
17 haribulan 2013.

Pantasnya masa berlalu .

Sedar tak sedar cuti kita bakal habis . Bermakna masa kehidupan normal kita akan mula macam biasa . 
Ahh , malas . itu yang ada bermain dalam otak aku , bila fikir cuti bakal habis . 

Asrama menanti . Trial bakal menjemput . Dan SPM menghitung hari untuk menjelma menemui aku . 
Namun aku seolah tak peduli . Masih kaku dan menunggu bila semangat itu akan muncul . Entah bila . Aku sendiri tak pasti . Seolah tak gentar padahal ilmu di dada masih cetek dan masih tak cukup untuk berjuang di medan perang SPM .

Takut . Siapa tak ? Tapi aku pun sendiri tak megerti mengapa aku masih belum berganjak melakukan sesuatu yang membolehkan aku menang dan meraih kejayaan tersebut . Semangat tiada . Sedangkan sokongan dan peluang ada didepan mata sahaja . kenapa?

Perasaan yang sukar untuk diterjemahkan buat masa ini . Sulit . biarlah aku dan Dia yang mengetahui . Hanya mampu berdoa yang terbaik saja buat masa ini .

Doakan aku juga .