Wednesday, 30 April 2014

Geo Kosmo Memories ( Friendship)

Asalamualaikum .

Okay aku patut habiskan cerita kehidupan aku kat PLKN . Makin menjadi-jadi pulak weh tahap kemalasan aku ni . Apa nak jadi pun taktahulah . Haih .

 Akhirnya berjaya tamatkan latihan gua dengan jayanya pada 18/3/2014 tapi sebab malaih campur ambik result lambat pulak nak hupdate pasal  kehidupan gua kat Geo Kosmo selama 3 bulan .
3 bulan yang tinggalkan aku banyak sangat kenangan yang aku akan ingat sampai bebila .
3 bulan yang penuh dengan gelak tawa , susah senang bersama
3 bulan yang aku takkan dapat rasa lagi dah .
semuanya hanya dalam PLKN.

Kayh dari lubuk hati aku , aku bersyukur sangat-sangat sebab jadi antara yang terpilih dapat masuk PLKN . Eventhough masa memula perangai cam haremmmm puii kata taknak masuk kan . Gedik sana gedik sini tapi semua tu hilang bila tak sampai berapa jam pun aku kat sana . Hahaa

Okay dah . Dengan bangganya aku nak bagitahu yang aku kompeni CHARLIEEEEE ( tepuk-tepuk charlie!) Cha cha cha , cha cha chaa , Charliee~ *lenggokkan tangan* hahaaaa . Lol i'm starting miss to do it with my company . Even kompeni aku tak menang lah kan kompeni terbaik , tapi charlie kump 1 siri 11 2014 will remain forever in my heart sebab memang terbaikkkk . Hahaa . Paling best gak , kengkawan aku semuanya memang best gila , memang sekepala , memang jenis havocc punyaaaa . Tu buat aku makin suka duduk sana . Erghhh ni dah balik rumah dah T.T

                       

Member kat sana memang best!

Serius aku cakap , kenal member kat sana tak sampai berapa hari je , kitorang dah kawtim gila gilaa ahh . Lagi-lagi dak dorm haku . Hahaa . Arghhh wehh rinduunyaaa . Kalau dulu aku duduk asrama ambik masa setahun gak baru nak rapat tapi kat PLKN .  Memang terbaikk . Hahaa . So far , aku bersyukur dapat kenal diorang . Semua sporting . Aku paling suka kalau buat sesuatu ikut kompeni and then Charlie ( lagi-lagi girlsss) buat kita punya cheer time tu memangg rasa semangat gilaa . And yeahhhh big thanks to Atin sebab bagi banyak idea kannn yang bernas lagi baikkk punyaaa untuk cheers Charlieee .


Yang paling aku akan ingat , time aku demam. Echa tolong amik air , tuala basah . The rest , gilir-gilir jaga aku . Rasa tuala kering , basahkan dengan air . Even chinese , Ai ling dengan Pei nee pun buat tau! Arghhhh , dah memang rasa macam satu famili . Okay aku akan ingat jugak , partner in crime aku , Najwa yang selalu menari Growl , MAMA dengan aku tak kisah lah kat padang kawad ke , kat meja ke tengah jalan ke . Semuanya kita main redah  Hahaaa lol . Tapi papepun semua geng charlie memang best kayy best and takkan lupa punya ah

Even aku rindu waktu duduk kat meja masa hari Ahad hari family visit . Kalau sape yang parents tak datang tu haa terconggok je ah duduk kat meja . Baca novel , main phone , dengar mp3 , tidur , makan , kacau orang , menari ( ini aku even time tu atas kerusi) hahaa . Masa tu kalau ikutkan nak je balik dorm tapi nak buat canneh kena tunggu sampai pukul 12.30 after makan tengahari baru boleh balik dorm . memang memula tu rasa boring je , masa cam membezair enn duduk jetapi bila dah nak balik tu , semua benda yang buat kat sana rasa beest gilaa . Ugh .

Okay , paling aku akan ingat masa majlis simpulan kasih . Haihhlahhh bak kata mai , budak charlie ni memang hancur bab rehearseal , discussion , yang libatkan latihan persembahan ke apa , tapi masa hari betul-betul punya memang molek , cun kacak punya persembahan kitorang buat . hahaa . Bestnya nyanyi sambil pegang belon . Aku akan always ingat kompeni aku ni kalau dengar lagu Sahabat (najwa latif) , Kau ihamku( man bai) ngan Sahabat selamanya(padi) sebab tu lagu persembahan kitorang yeahh .

Seriously , banyak sangat moments kat sana yang aku rindu . Rindu sangat-sangat . even aku wish sangat kalau boleh aku nak weh masuk plkn geo kosmo balik ngan dak kompeni aku je . hahahaa lolol . Aku rasa aku sorang je kot yang rasa camni . Hahaa . Rindu nak berbaris kat padang kawad pastu dengar C.O punya suara hahaa , PT pagi dengan suasana pagi yang sejuk tahap dengan kabus tebal , riadah petang-petang , lepak ngan cikgu mas , cikgu aliya ngan cikgu tina , kawad depan dorm sebab kalah ping pong cikgu yati suruh , buat sesi karaoke konon even tengah malam sebab apentah pun aku tak ingat cikgu yati denda hahaa . Semua tu aku rasa best sangat . Semuanya sebab member kat sana best .













meja ni banyak kenangan 



rehearseal yang macam ape

CHARLIE ROCKS !


In sha Allah , aku doakan persahabatan aku ngan kengkawan kat plkn berkekalan lah . Aku akan ingat 3 bulan yang paling bermakna dalam hidup aku , 3 bulan dengan PLKN kat Geo Kosmo :) .

Thanks for reading!