Friday, 2 May 2014

Mungkin.

Mungkin...

Mungkin aku jarang tunjukkan yang aku selalu ada dengan kawan-kawan aku
Tapi jauh dalam sudut hati , dorang semua ada dalam hati aku

Mungkin ada satu keadaan yang kawan aku perlukan seseorang tapi aku takde
Sebenarnya aku sentiasa doakan dia dari jauh bukan tak peduli ke ape

Mungkin aku bukan kawan yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup mereka
Tapi sebenarnya aku cuba jadi yang terbaik bila sama dengan mereka

Mungkin ada masa aku diam tak cakap pape
Sebenarnya ada perkara aku pendamkan je

Mungkin aku ada kecewakan kawan aku
Tapi sebenarnya bukan niat aku

Mungkin ada masa aku terkasar bahasa
Tapi sebenarnya kasar aku sebab aku rasa aku selesa dengan dia

Mungkin sekarang ada yang rasa aku tak perlukan dia
Tapi sebenarnya aku nak cakap aku sentiasa perlukan mereka

Mungkin aku banyak pergi tempat baru , jumpa kawan baru
Tapi sebenarnya setiap kali perjumpaan aku dengan kawan-kawan aku , aku tak pernah lupakan dorang

Dan ,
Mungkin aku jarang jumpa dorang semua , jarang contact , jarang berhubung senang cerita
Tapi tu semua tak bermaksud aku lupakan semuanya .

Dalam diam aku , aku rindu kawan aku.
Dalam diam aku , aku tetap ingat kawan aku.
Dalam diam aku , aku sayang kawan aku.

Dan aku nak kawan aku tahu . Tapi ,
aku tak mampu nak luahkan.
Sebab aku takut dorang kata
aku nak menunjuk.

Ini ikhlas dari lubuk hati aku.
Terima kasih jadi kawan aku .
Hadir dalam diri aku.
Walau sekejap
Aku tetap hargai .

Terima kasih!