Wednesday, 25 February 2015

pemberontakan dalaman aku

Assalamualaikum.


Benda yang aku nak cakapkan sekarang ni baru jadi around a couple of days ago , tak besar pun isu tapi tetap aku tak kenan . Ye , walau umur aku sekarang tak cukup besar nak membuntut masuk campur tapi tetap aku punya hak nak bersuarakan apa aku tak puas hati .

 Kadang , sebabkan kita tak seumur dengan orang-orang tua , maka apa kita rasa jangan diluah depan mereka sesuka hati , adab katanya . Adab dia sendiri , jaga ke? haih

Aku tahu adab-adab bila perlu , bila kena tempat , maka adab kena jaga . Aku tak bodoh . Silibus adab kat sekolah aku belajar , bahkan ibu ayah pun titip beratkan adab antara kami adik beradik.

Masalahnya , kalau kita asyik beradab dengan orang , sedangkan orang tak reti nak beradab balik dengan kita maka itu nak isytihar perang ke? Setakat kalau pergi kedai nak beli barang , aku senyum tapi dibalas dengan muka ketat penjaganya , aku boleh lantakkan .

setakat penjaga kedai  , aku tak heranlah /bisik dalam hati/ . esok lusa aku lupa. hahahah . Takpun aku boleh aja bersangka baik , mungkin perniagaan tak berapa bagus dua tiga menjak ni , serabut barangkali ..

Tapi kalau kau adabkan kat orang-orang ini yang ada blood relation sama kamu , tapi dibalas ibarat kau ni hina dimata mereka maka , kau tak rasa dia dah cross-boundary tahap kesabaran kau ? Kamonlah . This is why i hate being  in this hellish society yang ada selambakan orang kat luar sana yang gemar mengata belakang orang walaupun darah daging sendiri .

kelakar . boleh kunyah popcorn sahaja tengok gelagat manusia begini . Takperlu bayar tiket mahal nak tengok movie . depan mata saja dah dihidangkang .

bercakap kalau guna logik dan guna akal fikiran yang waras memang boleh aku hadam , kalau yang bercakap ikut nafsu dan nak puaskan hati diri sendiri , selain guna perkataan yang boleh turned down kan seseorang kau rasa bagus?

cheap talk with low minded people always fail to entertain . get real . you gotta work extra hard on your attitude .

ibu selalu palitkan dalam fikiran kami adik beradik , "biar orang buat kita , jangan kita buat orang". kami yang waktu tu tak faham realiti sebenar manusia hanya mampu angguk . dan , untuk jangka masa yang panjang itulah kami tanam , sampai kerap aku rasa jahanam sebab manusia sekeliling yang perangai sialan segelintirnya .

tapi sampai satu tahap , aku makin rasa dipijak manusia manusia yang rasa mereka besar bagus dan mulia , aku tekad nak pedulikan anthem ibu .Maka aku keluar dari dunia yang obey benda sekililing kepada dunia yang memberontak .

Maka disebabkan 'pemberontakan dalaman aku' , entri ni terhasil .
haha , lebih baik aku tuliskan disini daripada aku muntahkan tulisan aku dalam betuk lisan di muka-muka mereka . Nama ibu ayah harus aku tatang dengan baik .

biarlah jelah , hidup ni , apa kita lakukan takkan pernah puaskan hati manusia manusia yang haus dengan perfection di mata mereka . tak reti penat ke mereka mereka ni?