selamat 25, nadia.
mari sekejap luang masa dan imbas apa yang 25 tahun
telah mengapa-apakan kamu.
nadia, dihelaian sebelum kau tiba pada harini
masih ingat kau pernah pandang langit & marah dengan di atas sana.
semua seolah menentang & membenci kamu yang
sebenarnya zarah tidak dipedulikan,
hanya setan yang bersorak menang
dan kau rasa tuhan seolah tidak adil, membiarkan
kau seorang walhal dia mempersiapkan kau menghadapi dunia
untuk berdiri dengan kaki kamu sendiri,
tanpa gentar wujud.
pertumpahan darah mental & airmata pada hari sebelum
tibanya hari ini,
perlahan perlahan tuhan mulai tukarkan semuanya
dengan menumpahkan indah dan bahagia dalam hidup kau
siapa kata dunia juga sentiasa indah?
bahkan dalam surat cinta sudah khabarkan bahawa
dunia disanalah tempat paling indah & total bahagia.
cuma kita harus belajar meng-indahkan & mencari indah
dalam dunia sini dengan cara kita.
dan kini,
kau mulai tidak menyandarkan segala kebahagiaan
kepada dunia, kau sudah menerima & berdamai dengan takdir
malah, kau sudah tahu cara tuhan bekerja
di helaian ini,
kau sudah mula berbicara pada langit
bahawa semuanya sudah baik-baik saja.
segala kesederhanaan yang kau pelajari
membawa perasaan nyaman & tenteram
semua amarah dan benci yang wujud
padam, dengan indah yang kau sendiri cipta &
wujudkan dalam diri kau.
semua perlu usaha, nadia.
dan raikanlah kekuatan diri kau yang mampu
melenturkan segala kekerasan lampau hingga terbit
kelembutan yang kuat berhasil membuat kau menerima
semuanya, kerana dia diatas sana.
berbaloikan untuk membiarkan nadi terus berdenyut?
walau kau tak pernah nampak helaian pada hari ini
sebelumnya, tapi janji dia pasti.
24th september 2021,
officially ended my "a blessing in disguise " phase
welcoming, "to live a life, is a bless" phase.
p/s: harini 30th.
selamat tinggal september 2021 yang indah.
moga tuhan beri keizinan kita berjumpa lagi.
dengan indah yang juga diizinkan berterusan.
selamanya!