gelandangan umpama traveler yang meniti perjalanan
mengenali dunia sebenar di luar sana
diludah rasa jijik
dihampar rasa benci
dihidang dengan rasa yang terlalu hina oleh mata mata yang berjiwa raksasa
pun juga, tetap masih ada tangan yang mahu menyambut
dunia kita semakin sakit terisi manusia bersifat binatang
Semakin hilang manusia berjiwa sarat dengan ikhlas dan sayang
hanya kerana kamu tidak memiliki sesuatu yang membuat diri kamu kaya
nilai kamu susut dan rendah tiada guna