20 June, 2026

Seperti biasa, tahun baru & segala persiapan.

 Helu.

ya, aku datang tiap kali tahun yang barunya datang. walau dah half of it. kekeke. ampun.

dah 2026 maksudnya 30 tahun Tuhan izinkan nafasku masih berlabuh dibumi ini. 


DAMN 30 YEARS OLD?! Hahaha.


dulu aku rasa by 30, mesti aku dah figured life. semuanya.

tapi, hahah. 

guess who still merangkak, masih bertatih.

belajar dalam hidup.


rupanya, 30 masih terlalu awal untuk bercakap pasal kehidupan yang penuh misteri lagi bagi aku.

you're just at the tip of it. sungguh.

& aku skrol segala cerita lepas disini. betapa rindunya aku dengan diri  aku yang dulu.

walau sederhana tapi, bahagia ya.


Tuhan baik sangat.


& korang kena tahu (aku taktahu apa blog ni masih ada mata mata yang membaca atau hanya aku yang ada dilaman ini)


tapi, big desicion has been made. big decision. big transformation. big effort. all of it.


all praised to Allah SWT, I'm getting married this year. (screams dalam hati)!!


in specific, on 31st October :)).

kalau kau tanya aku 10 tahun lepas, apa aku akan berada dalam fasa bakal ambil keputusan

sebesar ini (read: married) No, i don't.


aku pernah cakap, bahagia yang aku dapat selalunya hanya apa yang Tuhan sisakan je untuk aku.

aku tak pernah rasa bahagia se-total-nya.

tapi tulah, jangan sesekali rendahkan kuasa Dia.


hati kita Tuhan boleh bolak balikkan sekelip mata.


haha dia macam agak kelakar bila kita fikir nak kahwin ni kan, pelbagai thoughts muncul

"ada juga orang nak ke aku eh"

"eh macam mana nak hidup berdua dengan orang asing, dah terbiasa dengan ayah ibu"

& soooo many of it. setan duk bisik.


inshaAllah, kubukan sabar and always ingat Allah ada.

semua akan baik baik saja.


aku mohon, dengan serendahnya diri aku.

mohon doakan dilancarkan segala persiapan, semasa majlis berlangsung, dan kehidupan selepasnya.

doakan aku, ya?



19 June, 2025

hari yang baiknya Tuhan, got engaged ;)

 










hari yang tak pernah terlintaskan bakal wujud

semenjak banyak pertanyaan ku ke tuhan

"layak ke aku merasa bahagia?"


Tapi baiknya tuhan, Dia sudi izinkan.

Engaged to my Siddqie on 16 | 2 | 2025 .

23 April, 2025

berat.

 *playing perayaan mati rasa by Umay Shahab & Natania Karin*


jadi betullah tuhan pernah khabarkan ke kita, sesiapa sahaja akan bisa menyakiti kita. 

bahkan sosok itu antara yang terpaling rapat mendampingi kita.


entah ia hirisan luka yang sukar kita mahu tafsirkan atau bisa saja biarkan dia melewati seolah angin yang berhembus.


tapi tetap menyakitkan dan boleh membunuh kita sedalamnya.


untuk kesekian kali, terima kasih masih wujud ruangan ini untuk aku menulis tanpa sesiapa mengetahui

bahawa ketika ini aku lelah membawa perasaan yang berat dalam diri ini.



22 August, 2024

do i still need my 10 years ago duas i made?

 (draft 13/2/2023 dalam journal biru saya)


Aku tahu Tuhan kabulkan tiap doa hambanya mengikut masa yang terbaik.

Tapi, sungguh. Aku tidak tahu kali ini aturannya memang terbaik atau apa.

Kehidupanku berubah. Aku juga.

Dan seiring dengan perubahan ini, ada bahagian dalam hidupku yang sudah tumbuh.


Permintaanku juga tidak seperti dulu. Malah, aku juga memandang dunia dengan sudut berbeza.

Dan 10 tahun lepas bisikan kecilku, sudah aku nyamankan dia dengan menenggelamkan 

sedalam mungkin dalam lubuk kehidupanku.


Apa kali ini Tuhan mahu ajarkan dengan pembelajaran baru?


p/s: jom istikarah?

25 July, 2024

little happiness menurut aku.

[draft tahun 2023]


lately aku suka dengan suasana yang tenang.
sekecil dengan menghadam konversasi yang nyaman juga aku suka.

recently, aku berborak dengan kawan baik aku.
and aku sukakan semuanya.
topik & suasana antara kami.
nyaman.
dan aku sedar, that's very therapeutic, at least for me.
i could sit for hours with non stop talking jumping from one topic to another,
seamlessly.

with suchha vibes.
tenang dan nyaman.

nyaman untuk menuturkan segalanya tanpa sedikit lapiknya.
dan berasa didengari serta diterima, walau belum tentu dipersetujui.
tapi, tetap.
senangnya aku dengan begitu.

tenang itu semudah hanya dengan benda kecil seperti ini
kan :) 






25 March, 2024

2024.

Helu. 

Rasa macam dah jadi annual update pula bila tahun baru. haha

Lain lain hari, hanya sekadar jenguk dan senyum baca semua past entries.

Tahun berganti tahun, masa makin cepat mengejar. Sedangkan aku rasa macam umur aku kena freeze.

Masih stuck di 25. Sungguh. 


Dan ya, 2024 tiba.

Penuh syukur aku sambut, 

Masih Tuhan izinkan dan beri aku peluang.


Malam tadi malam ke 13 ramadhan.

Aku balik dari iftar dengan Siddqie dekat Kompleks PKNS.

Dan spend hari sabtu dengan Marsya, Kinah & Adeenda saya.

Twas very chill and fun. Healing betul.


Aku hanyalah manusia typical yang selalunya tersasar jauh.

tapi tetap cuba merangkak balik ke landasan.

And it repeats, everytime. Aku sangatlah jauh dari baik.

Aku hanyalah hamba yang buat benda basic dalam agama, tapi tetap berdosa.

Moga aku kejar lagi pahala bulan ni.


Tapi one thing buat aku sedar,

aku tak pernah tahu Allah would granted me this feelings. Blessed and so happy.

Aku rasa bahagia dalam pelukan rahmat Dia, diizinkan atas rasa bahagia yang sederhana.

Haha menaip ni pun sebak. 


Yelah, sepatutnya kita tak patut pun nak ragukan betapa ar-

Rahman Allah ke hamba nya. Aku sometimes rasa bahagia hanyalah apa yang Tuhan sisakan 

ke aku. Teruk kan? 


Sampai hati aku underestimate Tuhan yang menciptakan. Allahu ( istighfar )

but that's the beauty of Islam. Tuhan sentiasa limpahkan kita dengan berkat dan rahmat Nya.


Aku bahagia semalam. Sesungguhnya.

Teresak aku nangis.

Terima kasih, Tuhan.


At this point, kalau segala sedih and apa yang Tuhan dah ambilkan keberadaannya dari aku untuk aku nikmati apa yang ada harini ini. 

Semua tu worth it, sangat sangat. 

&

Sungguhlah benar, janji Allah tu pasti.


"Allah gantikannya dengan lebih baik"


Sobs. Marilah jadi lebih baik Nadia.

Tuhan baik sangat ni.


p/s: life would never be easy. our path, too. tapi bagilah can saya rant bahagia saya yang sederhana ini. haha esok lusa mesti ada nangis juga hadap life ish ish. Tetap kuat, semua orang! 



04 October, 2023

2023, dan ketidaksangkaannya pt 2.

Assalamualaikum

2023 really stores me a bundle of surprises, no doubt.

you really had no idea how my 2023 was. Em silap, got another 3 months lagi ke 2024.

but still, alhamdulillah.

Tuhan baik sangat.


Can you imagine I started my 2023 with a tinge of sadness of losing someone I thought he's the one for me?

yes. Tuhan hadirkan dia sekejap, tapi takdir not on our side dan semesta pun tak mengizinkan. I guess.

I swore to myself to not letting myself indulge again in love line.


Fast forward, today in Oct 2023.

I am happily announcing that after almost 10 yrs being single hahahah

Tuhan datangkan dia yang sangat sederhana tapi cukup memenuhkan rasa untuk aku.

Wallahi, so happy and so contented with this one. 

Blog ni jadi saksi yang aku pernah cakap, aku sudah jatuh cinta dengan segala kesederhanaan yang Tuhan dah janjikan ke aku.

Kali ni, dengan ada dia. Kesederhanaan ini semua dah sempuna.

Semoga juga Tuhan sudi pinjamkan segala rasa ini sampai hubungan ni dipeluk dengan ikatan halal

dan semesta mengizinkan sampai syurga.


We're working hard towards that. A better life and future, together.

Not just a mere feelings and relationship, but a commitment that comes with responsibilities.

InshaAllah.







siddqie saya! 




04 January, 2023

2023, dan ketidaksangkaannya.

selamat datang 2023, 

last post aku, aku jemput 2022 datang.

tak sangka, setahun dah berlalu. 


2023, came in the most unique way. dan yang paling tak disangka.

betullah orang kata, 

"dan Allah memberinya tanpa disangka dan mengambilnya semula juga 

tanpa disangka"


I was about to taste the happiness that was just right infront of me.

but twas only lasted for hours. 


sungguh, aku dah janji yang aku akan sentiasa berserah.

sebelum nak salahkan takdir, aku dah hukum diri sendiri dulu.


kita mengharapkan perjalanan dan proses yang indah, lupa ke

macam mana kita menjemput sesuatu itu awal-awal? 

'kelangsungan kedepannya itu, sangat berpengaruh bagaimana kita menjemputnya".


semoga tuhan izinkan 2023 saya bahagia.

nyaman, dengan doa-doa yang dilangitkan.



04 March, 2022

2022 dan semoga--

2022, 
mungkin macam tahun sebelum ni yang aku masih tercicir segala
hal aku nakkan dalam hidup.
dan ketinggalan.

tapi, kalau itu tuhan kata yang terbaik.
dengan menunda apa yang aku harapkan
semoga sentiasa redha, nadia.

mungkin tuhan masih peluk erat doa doa.
semuanya.

semoga tetap kuat.
& lanjutkan usaha.


30 September, 2021

25, yang akhirnya.

selamat 25, nadia.

mari sekejap luang masa dan imbas apa yang 25 tahun 

telah mengapa-apakan kamu.


nadia, dihelaian sebelum kau tiba pada harini 

masih ingat kau pernah pandang langit & marah dengan di atas sana.


semua seolah menentang & membenci kamu yang

sebenarnya zarah tidak dipedulikan,

hanya setan yang bersorak menang


dan kau rasa tuhan seolah tidak adil, membiarkan 

kau seorang walhal dia mempersiapkan kau menghadapi dunia

untuk berdiri dengan kaki kamu sendiri, 

tanpa gentar wujud.


pertumpahan darah mental & airmata pada hari sebelum

tibanya hari ini, 

perlahan perlahan tuhan mulai tukarkan semuanya

dengan menumpahkan indah dan bahagia dalam hidup kau


siapa kata dunia juga sentiasa indah?

bahkan dalam surat cinta sudah khabarkan bahawa

dunia disanalah tempat paling indah & total bahagia.

cuma kita harus belajar meng-indahkan & mencari indah 

dalam dunia sini dengan cara kita.


dan kini, 

kau mulai tidak menyandarkan segala kebahagiaan

kepada dunia, kau sudah menerima & berdamai dengan takdir

malah, kau sudah tahu cara tuhan bekerja


di helaian ini, 

kau sudah mula berbicara pada langit

bahawa semuanya sudah baik-baik saja.

segala kesederhanaan yang kau pelajari

membawa perasaan nyaman & tenteram 


semua amarah dan benci yang wujud

padam, dengan indah yang kau sendiri cipta & 

wujudkan dalam diri kau.


semua perlu usaha, nadia.

dan raikanlah kekuatan diri kau yang mampu

melenturkan segala kekerasan lampau hingga terbit

kelembutan yang kuat berhasil membuat kau menerima

semuanya, kerana dia diatas sana.


berbaloikan untuk membiarkan nadi terus berdenyut?


walau kau tak pernah nampak helaian pada hari ini

sebelumnya, tapi janji dia pasti.


24th september 2021, 

officially ended my "a blessing in disguise " phase

welcoming, "to live a life, is a bless" phase.


p/s: harini 30th.

selamat tinggal september 2021 yang indah.

moga tuhan beri keizinan kita berjumpa lagi.

dengan indah yang juga diizinkan berterusan.

selamanya!

08 September, 2021

buat yang ditunggu & menunggu.

semua orang boleh disuruh tunggu.

dan semua juga boleh minta untuk ditunggu.

aku tak nampak ada zarah kesalahan disitu. ya.

boleh.


tapi, seberapa ramai yang boleh menunggu

yang wujudnya seperti tunggul tak dipedulikan?


dan seberapa ramai minta untuk ditunggu 

dengan rasa seperti tiada penyambut?


aku mula nampak logiknya.


tak salah minta ditunggu.

tapi jangan biarkan dia menunggu hanya dengan kata kosong.

dan tiada buah tangan sesederhana seperti pertanyaan khabar.


dan yang minta ditunggu,pastikan usaha agar permintaan

untuk ditunggu itu seolah boleh dilaungkan.

kedengaran dari jauh.

agar boleh dibalaskan riuhnya, semula.


untuk apa?

agar semuanya tidak merasa sia-sia.


tidak sia-sia menunggu.

dan tidak sia-sia minta ditunggu.


inilah hidup.

validasi itu perlu, agar bukan kita hanya bersorak sendirian.

kepastiaan dari validasi juga membunuh tiap perasaan yang tumbuh

dengan cubaan untuk meracun fikiran kita dengan kata-kata jahat.


dan hidup juga mengajar kita,

semuanya harus usaha.

berusaha menjadi terbaik dalam menunggu.

malah, menjadi terbaik ketika tahu sedang ditunggu.

aman rasanya perasaan.

mengetahui, saling berusaha jadi yang terbaik.


kan?

tapi tulah, kemampuan kita terbatas.

ada boleh, ada yang tergelincir.

tetap kayuh jika masih ada sisa semangat.


tapi, segera berhenti

jika terlalu melelahkan, ketika usahanya hanya sendiri.

02 September, 2021

dia yang aku tunggu.

every year, yes.


dan seperti biasa, aku buka luas pintu cuma tiap kalinya dia,

penuh rasa.

menyambut dia dengan senyum dan harapan agar 

semua yang baik-baik.


selamat tiba, september!

yang paling aku tunggu & gemar.

27 August, 2021

august.

 here >>>>> august.

10 August, 2021

meminimalisir kekecewaan.

rasanya aku dah sampai kat tahap/umur yang

aku betul-betul tak harapkan apa apa selain

dari apa yang tuhan dan tetapkan untuk aku.


sama ada baik / buruk.

baik mungkin atas doa-doa yang kita dah usahakan.

atau balasan bila kita sentiasa letak kan yakin yang total ke tuhan.

buruk boleh jadi dugaan.

dan dugaan tu pun tanda tuhan sayang kita.

redha atau tak?

we decide on that part.


macam aku cakap sebelum ni, aku ada banyak penyesalan.

dan salah satunya, ekspektasi yang terlalu tinggi.

haha, tak sedar diri kan? dan suka hati nak demand tuhan

padahal, kita ni hamba je.


bila semua benda kita ada letak garis panduan yang kita nak,

tapi apa yang jadi sebaliknya. terus rasa give up.

dan rasa tuhan tak dengar apa yang kita minta.


padahal, apa apa yang tuhan tetapkan untuk kita semua ada

sebab.

kita yang tak nampak.

dan cepat nak buat kerja tuhan pulak.

hahah aduh.


so, summary.

trials after trials. worst tests. difficult times. unbearable pains &

hardships. shaped me today. bukan sepenuhnya terbentuk. 

tapi aku dah mula nampak acuan nya.

dan ini buka mata aku seluasnya.

harapnya boleh berterusanlah, sebab perjalanan aku pun panjang lagi.

kalau tuhan izinkan.


jadi aku banyak tukar mindset aku.

lepas satu-satu tuhan tunjukkan semua.

aku mula nampak segala kekecewaan ekspektasi tu

berhasil kuatkan & percayakan aku, yang ada hikmah

on everything he has decided for me, at least.


ekspektasi memang makan diri.

dan yang sakit? kita sendiri.


sama ada ekspektasi ke manusia.

perasaan. segalanya lah.

sedangkan, tuhanlah sebaik baik penjaga urusan.


doa tak terkabul.

mungkin tuhan tahu detik paling sesuai ditunaikan.

masa kita sudah tersedia sepenuhnya.


dan aku belajar, bila kita mula berlapang dada dengan apa

jua takdir tuhan, 

kita sudah meminimalisir kekecewaan.


dia jadikan aku seorang yang sederhana.

dan aku dah mula jatuh cinta dengan segala kesederhanaan

dalam hidup ini.

berserah hanya kepada tuhan.

percaya dengan masa yang sesuai tuhan tetapkan untuk setiap

doa-doa aku.

yang kita tinggal buat?

usaha.



((posting ni aku tulis right after aku tengok video podcast indo,

discussing about marriage in the first place. tapi aku tulis pov untuk life

hehe. here's the link _____, incase you interested to listen more! 





06 August, 2021

hal yang tidak diputuskan.

aku ada banyak penyesalan tentang masa-masa lalu aku.

orang kata, tak perlu fikirkan sangat benda dah lepas, haha

aku tahu tapi somehow there's certain thing yang masih lingering inside my head.

sama ada dia mahu diputuskan secara nyaman.

diselesaikan agar hati boleh tenang.

atau, sekadar singgah meresahkan jiwa.


u choose your fighter. haha


of course, kalau aku rasa dia terlalu serabut.

aku pilih jalan senang. tolak tepi.

mind over matter.

(i don't mind, it doesnt matter)

ni ytjt haha.


tapi, deep down.

boleh tipu ke kalau dia bukan sekadar meresahkan, tapi

dia cuma minta disahkan.


dan aku, tetap kaku.

dan degil, nak nafikan semua tu.

kadang, benda dah terlalu lama.

aku malas panjangkan.

atau, hanya aku yang pedulikan rasa tu.

yang tak dikisahkan siapa pun.


that's the biggest fear. hanya kita yang kisah.

bukan orang lain. kan?


simpan kemas dalam hati.

sumpah, tuhan banyak menjadi telinga

atas semua kata kata aku tak mampu nak luahkan

ke manusia sekelilingku.

dan dengan cara tu, aku boleh tarik nafas lega.


cuma tulah, setan tak skip manusia dia nak kacau. haha

ada masa aku kalah.

bila sampai masa tu, aku biar perasaan yang ambil alih.

dan berserah ke tuhan.

bersedia bila dia nak hempaskan 

rasa tu ke fikiran kita.


might be the bitter meds i had to swallow.

for causing the pain, in the first place.

haha. 



01 August, 2021

perempuan yang terluka & harini dia terbahagia.

harini hari penuh bahagia.

kawan baik aku kahwin.

dan allah sangat baik hati izinkan aku menikmati saat saat bahagia dia.

walaupun jasad kami tak diketemukan.

jiwa kami kuat bersama. hehe


sungguh, umur macamni

bila kita menjadi saksi hati hati yang pernah terluka

sakit dalam meniti jalan hidupnya

pernah dikecewakan & dilayan tanpa rasa sayang & hormat,

kini allah gantikan semua sakit dia dengan bahagia yang dijanjikan.


remember, the pelangi quote?

"after a heavy rains, Allah blessed us with pelangi"

i truly.

feels so speechless & overwhelmed.

idk.

mixed emotions.

sungguhlah, janji allah benar benar pasti.


harini, dia senyum dengan paling manis

atas rasa bahagia yang allah hadiahkan selepas

berapa kali tumpahnya air mata selepas tersungkur jatuh.

dan aku yang menjadi saksi, mampu sebahagia ini juga.


terselit juga doa, 

moga diberikan aku peluang.

untuk menjadi sebahagia itu.

ahh, kita semualah.


sama ada bahagia dengan kehidupan sederhana,

pekerjaan yang baik, rezeki yang murah, keluarga bahagia,

pasangan yang menghormati & hati yang tenang nyaman.


mana-mana allah aturkan yang terbaik untuk kita. 

tetapkan lah hati kita juga untuk sentiasa jadi manusia yang

bersyukur dengan apa apanya.


:)



keberatan tampungan.

 bila orang kata rindu tu berat.

aku selalu rasa, apa hati itu yang tak cukup kuat

untuk tampung.


nampaknya aku merendahkan perasaan yang bawa

rasa tu.


aku sedang menanggung beban rindu mahu lihat

dunia sembuh seperti sebelumnya.

dan aku yakin, rasa ni sedang ditampung oleh setiap jiwa-jiwa 

antara kita.


perkara sekecil menikmati lagu dan melihat lampu-lampu malam

jalanan juga boleh menempatkan rindu.

dan mampu seberat ini.


apa lagi mereka yang sudah kehilangan manusia-manusia penting

dalam hidup mereka. walau dunia mungkin boleh sembuh,

mereka yang telah pergi tak bisa dikembalikan.

(doaku bersama kalian).


gila betul rasa ya, wabak yang tak terlihatkan mata mampu

mengapa-apakan kita semua seluruh dunia separah ini.

hilang nyawa, hilang senyum & tawa, hilang punca rezeki,

hilang pergantungan & hilang kewarasan juga.


semoga Allah hadirkan hikmah sebesar pengorbanan yang 

telah setiap kalian hadapi. mari sama-sama kita kubukan

kesabaran walau sungguh berat rindu ini.

juga perit , sakit & susahnya rasa yang wujud pada waktu ni.


tiada pilihan juga, menyakitkan.


29 July, 2021

nyaman.

"semoga aku bisa

mendapatkan rasa nyaman.


walau ada dugaan singgah,

aku mahu tempuh juga dengan nyaman.


tuhan, moga diizinkan?"

27 July, 2021

doa yang dipelukan tuhan.

"Allah gives His hardest battles, to His strongest soldiers"

Ingat dalam surat cinta Dia, 

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).


sama ada tuhan tengah peluk erat doa kita.
tunggu masa nak pelukkan kau dengan terjawabnya doa doa tu.
sungguh,
tuhan je tahu bila masa yang pantas.

sabar oki nadia :)

19 July, 2021

/comforted/

i've been feeling so heavy nowadays.

got so many things running inside my mind

but i really can't find the right words to speak to anybody about it.


but i saw this one video from tiktok (bless tiktok for manyyyy good videos actually)


"Allah suka pada satu orang itu berdoa,  melafazkan permintaan itu terlebih dahulu

kepada Allah kemudian baru cari makhluk lain, walaupun permintaan itu 

sebutir garam."


peh.

rasa macam dipeluk.