Wednesday, 9 November 2011

Takdir Ilahi...

Dalam dunia yang fana ini , tak ada sesiapa yang kekal melainkan ALLAH swt . Saat kematian akan tiba dan semua orang akan hadapinya...

7 November 2011 , 19.06
-Nadia dapat call from mak sedara yang bagitahu Opah Nadia telah pergi buat selama-lamanya . Takde kata-kata yang boleh Nadia cakap melainkan Innalilahhiwainailahhirojiunn . Lepas tu , Nadia terus bagitahu ibu n ayah Nadia . Ibu terdiam , Ayah tersandar , Adik menangis . Masing2 macam tak percaya yang opah dah meninggal dunia . Lepas tu , Ayah terus ajak balik kampung balik . Sebelum Opah meninggal , kami sekeluarga sempat tengok opah . Opah memang dah tenat . Hati kitorang sebenarnya berat nak balik . Tapi nak buat macam mana , esok kena hantar kakak balik asrama . Nak tak nak , kitorang kena balik . Sebelum balik tu , Nadia salam n cium opah Nadia . Dalam hati , Nadia cakap ' opah jgn pergi dulu' . Tapi.... tak sampai beberapa jam kitorang sampai Shah Alam , opah meninggal dunia . Hari raya aidiladha tahun nie merupakan hari raya aidiladha yang terakhir sempat kitorang sambut bersama2 opah . Selepas ni , opah dah takde ngan kitorang . Oh yee , Nadia sempat cium opah buat kali terakhir sebelum jenazah opah disolat n dikebumikan . Muka Opah macam tengah tidur . Tenang . Arwah opah dikebumikan betul2 disebelah arwah atuk Nadia yg meninggal 3 tahun lepas . Arwah opah mmg dh cakap awal2 yg kalau dia mninggal , kebumikan sblah arwah atuk.... Nadia doakan opah tenang disana , moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang yang beriman.. Amin..