Monday, 12 May 2014

Hadiah ibu

Assalamualaikum !

Makin lama makin menyepi blog aku haha . Maafkan tuanmu yang lupa daratan ni sejak jumpa exo . Muahaa . Okay rasanya belum lambat lagi aku nak buat entri pasal Hari Ibu . Yaaaayyyyyy it's Mother's Day bebeh . Even hari-hari Hari Ibu but then there must be a day we have to show it , exposed it to our beloved Moms . So whatchu been up to?

Okay sempena Hari Ibu ni aku nak share satu story . Ehemmm imma be a storyteller for awhile heheee pls guys lend me your eyes to read it okay . Much thanks!

Aku still ingat lagi masa aku kecik ( actually aku lupa time tu umo aku bape) Ibu aku penah cakap yang dia nak sangat tengok aku jadi arkitek . Idk why either mungkin masa kekecik aku suka lukis lukis hahaa typical small kid yang suka amik buku kosong pastu fefeeling an artist gitu pastu poyooo tunjuk kat ibu ngan ayah lukisan tu hahaa! Rindunya zaman kecik kan bila dah besar gedabak ni kah!

Since tu , aku tanamkan dalam hati aku . "Aku nak tunaikan impian ibu". "Ibu nak tengok anak dia jadi Arkitek . Go for it, Nadia" . Aku pun taktahu kenapa instict aku kuat nak tunaikan impian ibu . So , still fresh in my mind , masa nak UPSR cikgu nak gambar passport pastu bawah gambar tu tulis nama ngan cita-cita . Dengan azam dan tekad yang kental di dada aku pun tulis (ceh ayat hiperbola tahap antartika bluargh)

(gambar boleh bayangkan je)
*inserts full name here*.
CITA-CITA: ARKITEK.

Alhamdulilah aku dapat 5A dan gambar tu cikgu tampal kat manentah aku tak ingat as Best Student (lebih kurang centula nama die)  wehee . 

Then , masa form 3 . Alhamdulillah result boleh tahan cun boleh mohon SBP and aku try . Tak pandang lain , aku dah niat awal-awal lagi nak pilih sains teknikal which consist Lukisan Kejuruteraan and Engineering technology . Semua tu tak lain tak bukan nak penuhkan impian ibu nak tengok aku jadi Arkitek . Alhamdulillah dapat , tapi kat Penang . Ibu tak bagi pergi tapi aku nak sangat sebab kat Alam Megah takde pun LK . Aku keras nak pergi sampai ibu taknak cakap dengan aku . Takpe isk isk isk . Sedih camni . Ibu kata too far bukan sesaja taknak bagi pergi...

Tapi , aku pergi gak and harungi memang wa bilang sama lu banyak gila halangan yang buat aku nangis , penat , stress taktahu nak express canneh lagi dah ughh ughh . Sampai kadang-kadang aku menyesal tak ikut cakap ibu masa memula tu . Too late , Nadia it's too bad . Hmm . Berkat kesabaran aku , aku berjayaaaaa habiskan dua tahun yang turned out sangat best at the end .

And now , result pun dah keluar  . Aku mohon upu . Aku still dengan pendirian aku nak tunaikan hasrat impian ibu . Aku pilih Sarjana Muda Sains SeniBina as my first choice kat uitm . Pulak tu , kena interview pulak . Memang gelabah tahap canneh tah memang cuak gila sampai takleh tido bila esok iv-nya . fuhh...
But , i managed to face it all . 

Tepat hari Ahad , masa Hari Ibu , ni resultnya...

                        maka haruslah hide-kan ic guaaa

No words can describe it . Alhamdulillah! Dapat kampus pun kat tempat yang ibu nak jugak . Sebab tak jauh sangat . Rasa bahagia bila aku mara selangkah nak tunaikan hasrat ibu aku . Ya Allah syukur alhamdulillah... Ni hadiah sempena Hari Ibu untuk Ibu...

Kat sini aku nak bagitahu aku bukanlah lebihkan ibu dari ayah . Noooooo dun get me wrong ppl . Ayah orang yang selalu sokong apa keputusan aku . Selalu kata "takpe dya dah berusaha" "ikut dyalah" Ayah akulah. Ibu pun sama juga :) Haa so apa aku buat ayah tak pernah bantah , ayah kan gituu lekk lekkk jenis cool je lagi-lagi bila adik-beradik aku makin besar ayah kemain sweet! Hohooo .

So , kat sini aku nak gitau adik-adik kat luar sana , kalau korang tak boleh nak fikir apa yang terbaik untuk korang tanyaalah parents memasing . Berkat semua yang kita buat kalau orang tua restu , senang hati . Macam aku , aku tak pernah pun terpikir nak jadi arkitek . Actually I don't . Tapi aku niat semua tu nak tunaikan hasrat ibu ngan ayah . Nak bangga kan diorang and doa kalau itu yang terbaik untuk diri aku , apa salahnya aku cuba kan? In sha Allah semuanya dipermudahkan . Okay panjang ngat aihhh aku tulis . Okay okay .

Selamat Hari ibu! and thanks for reading!

Friday, 2 May 2014

Mungkin.

Mungkin...

Mungkin aku jarang tunjukkan yang aku selalu ada dengan kawan-kawan aku
Tapi jauh dalam sudut hati , dorang semua ada dalam hati aku

Mungkin ada satu keadaan yang kawan aku perlukan seseorang tapi aku takde
Sebenarnya aku sentiasa doakan dia dari jauh bukan tak peduli ke ape

Mungkin aku bukan kawan yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup mereka
Tapi sebenarnya aku cuba jadi yang terbaik bila sama dengan mereka

Mungkin ada masa aku diam tak cakap pape
Sebenarnya ada perkara aku pendamkan je

Mungkin aku ada kecewakan kawan aku
Tapi sebenarnya bukan niat aku

Mungkin ada masa aku terkasar bahasa
Tapi sebenarnya kasar aku sebab aku rasa aku selesa dengan dia

Mungkin sekarang ada yang rasa aku tak perlukan dia
Tapi sebenarnya aku nak cakap aku sentiasa perlukan mereka

Mungkin aku banyak pergi tempat baru , jumpa kawan baru
Tapi sebenarnya setiap kali perjumpaan aku dengan kawan-kawan aku , aku tak pernah lupakan dorang

Dan ,
Mungkin aku jarang jumpa dorang semua , jarang contact , jarang berhubung senang cerita
Tapi tu semua tak bermaksud aku lupakan semuanya .

Dalam diam aku , aku rindu kawan aku.
Dalam diam aku , aku tetap ingat kawan aku.
Dalam diam aku , aku sayang kawan aku.

Dan aku nak kawan aku tahu . Tapi ,
aku tak mampu nak luahkan.
Sebab aku takut dorang kata
aku nak menunjuk.

Ini ikhlas dari lubuk hati aku.
Terima kasih jadi kawan aku .
Hadir dalam diri aku.
Walau sekejap
Aku tetap hargai .

Terima kasih!