27 August, 2021

august.

 here >>>>> august.

10 August, 2021

meminimalisir kekecewaan.

rasanya aku dah sampai kat tahap/umur yang

aku betul-betul tak harapkan apa apa selain

dari apa yang tuhan dan tetapkan untuk aku.


sama ada baik / buruk.

baik mungkin atas doa-doa yang kita dah usahakan.

atau balasan bila kita sentiasa letak kan yakin yang total ke tuhan.

buruk boleh jadi dugaan.

dan dugaan tu pun tanda tuhan sayang kita.

redha atau tak?

we decide on that part.


macam aku cakap sebelum ni, aku ada banyak penyesalan.

dan salah satunya, ekspektasi yang terlalu tinggi.

haha, tak sedar diri kan? dan suka hati nak demand tuhan

padahal, kita ni hamba je.


bila semua benda kita ada letak garis panduan yang kita nak,

tapi apa yang jadi sebaliknya. terus rasa give up.

dan rasa tuhan tak dengar apa yang kita minta.


padahal, apa apa yang tuhan tetapkan untuk kita semua ada

sebab.

kita yang tak nampak.

dan cepat nak buat kerja tuhan pulak.

hahah aduh.


so, summary.

trials after trials. worst tests. difficult times. unbearable pains &

hardships. shaped me today. bukan sepenuhnya terbentuk. 

tapi aku dah mula nampak acuan nya.

dan ini buka mata aku seluasnya.

harapnya boleh berterusanlah, sebab perjalanan aku pun panjang lagi.

kalau tuhan izinkan.


jadi aku banyak tukar mindset aku.

lepas satu-satu tuhan tunjukkan semua.

aku mula nampak segala kekecewaan ekspektasi tu

berhasil kuatkan & percayakan aku, yang ada hikmah

on everything he has decided for me, at least.


ekspektasi memang makan diri.

dan yang sakit? kita sendiri.


sama ada ekspektasi ke manusia.

perasaan. segalanya lah.

sedangkan, tuhanlah sebaik baik penjaga urusan.


doa tak terkabul.

mungkin tuhan tahu detik paling sesuai ditunaikan.

masa kita sudah tersedia sepenuhnya.


dan aku belajar, bila kita mula berlapang dada dengan apa

jua takdir tuhan, 

kita sudah meminimalisir kekecewaan.


dia jadikan aku seorang yang sederhana.

dan aku dah mula jatuh cinta dengan segala kesederhanaan

dalam hidup ini.

berserah hanya kepada tuhan.

percaya dengan masa yang sesuai tuhan tetapkan untuk setiap

doa-doa aku.

yang kita tinggal buat?

usaha.



((posting ni aku tulis right after aku tengok video podcast indo,

discussing about marriage in the first place. tapi aku tulis pov untuk life

hehe. here's the link _____, incase you interested to listen more! 





06 August, 2021

hal yang tidak diputuskan.

aku ada banyak penyesalan tentang masa-masa lalu aku.

orang kata, tak perlu fikirkan sangat benda dah lepas, haha

aku tahu tapi somehow there's certain thing yang masih lingering inside my head.

sama ada dia mahu diputuskan secara nyaman.

diselesaikan agar hati boleh tenang.

atau, sekadar singgah meresahkan jiwa.


u choose your fighter. haha


of course, kalau aku rasa dia terlalu serabut.

aku pilih jalan senang. tolak tepi.

mind over matter.

(i don't mind, it doesnt matter)

ni ytjt haha.


tapi, deep down.

boleh tipu ke kalau dia bukan sekadar meresahkan, tapi

dia cuma minta disahkan.


dan aku, tetap kaku.

dan degil, nak nafikan semua tu.

kadang, benda dah terlalu lama.

aku malas panjangkan.

atau, hanya aku yang pedulikan rasa tu.

yang tak dikisahkan siapa pun.


that's the biggest fear. hanya kita yang kisah.

bukan orang lain. kan?


simpan kemas dalam hati.

sumpah, tuhan banyak menjadi telinga

atas semua kata kata aku tak mampu nak luahkan

ke manusia sekelilingku.

dan dengan cara tu, aku boleh tarik nafas lega.


cuma tulah, setan tak skip manusia dia nak kacau. haha

ada masa aku kalah.

bila sampai masa tu, aku biar perasaan yang ambil alih.

dan berserah ke tuhan.

bersedia bila dia nak hempaskan 

rasa tu ke fikiran kita.


might be the bitter meds i had to swallow.

for causing the pain, in the first place.

haha. 



01 August, 2021

perempuan yang terluka & harini dia terbahagia.

harini hari penuh bahagia.

kawan baik aku kahwin.

dan allah sangat baik hati izinkan aku menikmati saat saat bahagia dia.

walaupun jasad kami tak diketemukan.

jiwa kami kuat bersama. hehe


sungguh, umur macamni

bila kita menjadi saksi hati hati yang pernah terluka

sakit dalam meniti jalan hidupnya

pernah dikecewakan & dilayan tanpa rasa sayang & hormat,

kini allah gantikan semua sakit dia dengan bahagia yang dijanjikan.


remember, the pelangi quote?

"after a heavy rains, Allah blessed us with pelangi"

i truly.

feels so speechless & overwhelmed.

idk.

mixed emotions.

sungguhlah, janji allah benar benar pasti.


harini, dia senyum dengan paling manis

atas rasa bahagia yang allah hadiahkan selepas

berapa kali tumpahnya air mata selepas tersungkur jatuh.

dan aku yang menjadi saksi, mampu sebahagia ini juga.


terselit juga doa, 

moga diberikan aku peluang.

untuk menjadi sebahagia itu.

ahh, kita semualah.


sama ada bahagia dengan kehidupan sederhana,

pekerjaan yang baik, rezeki yang murah, keluarga bahagia,

pasangan yang menghormati & hati yang tenang nyaman.


mana-mana allah aturkan yang terbaik untuk kita. 

tetapkan lah hati kita juga untuk sentiasa jadi manusia yang

bersyukur dengan apa apanya.


:)



keberatan tampungan.

 bila orang kata rindu tu berat.

aku selalu rasa, apa hati itu yang tak cukup kuat

untuk tampung.


nampaknya aku merendahkan perasaan yang bawa

rasa tu.


aku sedang menanggung beban rindu mahu lihat

dunia sembuh seperti sebelumnya.

dan aku yakin, rasa ni sedang ditampung oleh setiap jiwa-jiwa 

antara kita.


perkara sekecil menikmati lagu dan melihat lampu-lampu malam

jalanan juga boleh menempatkan rindu.

dan mampu seberat ini.


apa lagi mereka yang sudah kehilangan manusia-manusia penting

dalam hidup mereka. walau dunia mungkin boleh sembuh,

mereka yang telah pergi tak bisa dikembalikan.

(doaku bersama kalian).


gila betul rasa ya, wabak yang tak terlihatkan mata mampu

mengapa-apakan kita semua seluruh dunia separah ini.

hilang nyawa, hilang senyum & tawa, hilang punca rezeki,

hilang pergantungan & hilang kewarasan juga.


semoga Allah hadirkan hikmah sebesar pengorbanan yang 

telah setiap kalian hadapi. mari sama-sama kita kubukan

kesabaran walau sungguh berat rindu ini.

juga perit , sakit & susahnya rasa yang wujud pada waktu ni.


tiada pilihan juga, menyakitkan.