Friday, 27 June 2014

Aku sayang Hlovate ngee

Salam semua .


Aku memang dah lama follow novel Hlovate
tak banyak yang aku dah baca
tapi tak banyak pun dah buat aku rasa
tabik gila kat dia.

*tabik*

Cara dia sampaikan isi dia .
nak ajak kita berubah (bagi aku)
even dia tak mention langsung
"jomlah berubah*

direct centu

Dia tau , each person susah nak terus direct
nak istiqamah?
bagi aku
Hlovate bagi keyakinan kat orang
yang rasa dia jahil then nak mula berubah

akulah tu
*sebak*

Part paling deep bila
kena berhadapan dengan orang-orang sekeliling
hmm.
susahnya. padahal nak berubah jadi baik tu.hmm
ntahpape

bukan susah apa.
judgemental orang orang sekeliling tu
yang macam nightmare
ngeri dia pergh
kalau dia mengata kita
"eleh dulu tak pernah pun nak...."

ahh perit gila  .

Hlovate explain satu-satu
buat aku rasa macam reflection watak dalam novel tu
serius.

Versus.
5 tahun 5 bulan.
Anthem.

Lain-lain jalan cerita .
lain lain watak.
tapi satu main point utama .

Nak berubah jadi baik .
Coolio!

“Changing for good ain't a crime.” 
― HlovateVersus

Penangan goodreads

Tadi aku bukak goodreads. sebab saja
nak baca review / opinion orang ramai
pasal novel novel yang ada kat market .

ada satu komen tu
ringkas je tapi buat aku speechless.

"Don't judge a book by its cover"

Semua orang ada jahiliyah masing-masing dan kita , 
tak boleh nak sesuka hati stereotaipkan dan 
menerima stereotaip dalam sesuatu benda .

Allah je yang berhak hukum.


And i was like...



.....



*nak baca buku Contengan Jalanan !!!!!!!*

Thursday, 26 June 2014

Hilang otak

Salam semua

Aku taktahu apa nak jadi dengan dunia sekarang ni
apa?
masalah betul
jenayah membiak-membiak
nak keluar rumah pun
puih cuak aku

nak salahkan dunia
jap pikir balik..

Dunia takde sifat
Allah takde install pun sifat-sifat jahat keji kat dunia
hence , dunia tak bersalah

so now tell me
orang-orang lah yang bersalah?
rogol , curik , rompak ah banyak woi
makin menjadi-jadi
sekarang ni panas pasal jual organ

mana hilang otak orang orang tu?
sial



Tuesday, 24 June 2014

Cakap orang tua

Salam semua .

Dalam hidup ni jangan banyak sangat cakap
"aku tak suka"

Tak suka?
Diam.

"Aku tak suka dialah blablabla"
tuptup
tu laki/bini ko nanti kang.

"Aku tak suka cikgu. aku taknak jadi cikgu"
bila dah masuk u ,
taktau keje apa
tetiba end up jadi cikgu

"aku tak suka buat tu"
heh
bila sekali cuba terus suka
apakah???

hahaa
sebab ni yang aku banyak dengar
orang-orang tua kata
biasanya orang-orang tua cakap
benda betul even bahasa dia bombastik sikit


Dua sisi berbeza aku

Salam semua.

pernah sekali aku kena sound
ngan member aku sendiri

"eh sekejap hyper kemain , ada masa diam tak berbunyik"
"sekejap banyak cakap , tapi kang jap lagi menikus silent"
shoot. haha

Normal weh.
yeke?
ntah tu jiwa aku.

Sebab tu aku kata ,
aku jenis yang undefined .
aku taktahu definisikan
dunia aku ni macam mana?

Ye.
aku pun manusia biasa yg
require gelak tawa konon terapi jiwa yg sakit ni
tapi aku pun manusia biasa
yang ada emo corner
buat aku diam .

fikir.
atau orang barat kata ,
thinking. barangkali
over-thinking
sampai buat aku rasa nak menangis

padahal sebab apa?
jangan tanya
aku pun tak jelas

kbai





Blogspot under maintenance ke?

Salam semua.

So, tadi aku bukak blog
ingat nak jenjalan jap kat mana-mana blog orang

tuptup

Dekat dashboard aku blog-blog yang aku follow
semua dissappear .
Apakahh????

ni nak nyanyi lagu najwa latif ni *hilang*

penat refresh .
kutkut muncul lah balik ke pe
nak main nyorok-nyorok ke ngan aku ntahlah

tapi sampai sekarang hampeh
satu pun tarak

under maintainance ke wahai blogspot?

Monday, 23 June 2014

jiwa baru

Salam semua.

option pertama: nak jerit eksaited sangat
option kedua: nak lompat tinggi-tinggi

Apakah?

Aku rasa aku jumpa passion baru dalam jiwa aku
eh?
baru jumpa?

Baru discover mungkin .
sebab tu baru tahu katanya .

Aku jatuh cinta ngan puisi.
Hahahahaahhahahahaah
apa lawak ke?

Bukan yang tahap sastera penuh ayat bunga
sek sek sweet talker yang makin melambak
dalam dunia laman so sial
duh

Tapi penulisan yang boleh buat aku rasa deep
hitam putih hidup kat bumi ni
buat aku sedar

budak macam aku
lagak pasif tapi fikiran aktif

kbai



Thursday, 19 June 2014

Cerita pengganggur

Salam semua .

Ntah apa nak jadi ngan aku sepanjang cuti ni.
Bangun makan online blogging blogwalking
tengok exo jap tutptup
dah malam so tido

bangun balik. dan buat benda sama .
dah hafal . daily routine.
ahh bosannnn gilaaaa .

Bukak wasep semua member cakap pasal class , lecturer
aku ni haa masih pengganggur terhormat kat rumah
ternak badan ughh..

Bukan tak bersyukur
dapat rehat kat rumah lagi
cukup tido makan minum
tapi

kalau gini mau naik gila
ahhhhh aku nak buat benda yang best
benda yang aku sukaaaaaa

ahhh nak main sukan
nak lariiii
bukan lari rumah tau
ni kalau tetiba lari mau stamina tahap macam orang tua
halamakkkk aihh

time time cenggini lah tetiba
mesti teringat kat plkn aihhhh rindunyaaa!
rindunyaaaaaaaaaa petang riadah main bola tampar
takpun lari keliling padang kawad sebab taktahu nak buat apa dah

dan sekarang ni aku masih ada lagi 2 bulan lagi cuti
sebelum daftar uitm hahahaahahhahhahaaaa
okbai

Monday, 16 June 2014

aku sayang semua

Bukan aku nak berat sebelah
Bukan aku nak kata aku sayang lebih yang ni sebab blabla
Sebab aku sayang semua sama
Sayang sangat . dah

Tapi sebab ntah aku taktahu kenapa
Bond aku kuat dengan kawan aku
dari plkn
taktahu dan jangan tanya kenapa

Dengan dorang semua benda jadik
apa? sengal gegila emo sat semua da
heaven weh ada member yang terima diri kita
apa ada kat kita
layan aje kepala kita

Apa yang aku boleh cakapkan
mungkin hasil perpaduan masa kat sana
perpaduan konon ikrar pm 1Malaysia

yang tuntut masa kitorang 24/7 bersama
susah senang bersama
lambat sesama
cepat sesama
kawad tengah malam sesama
kena denda sesama
heaven .
sebab apa? member semua kepala gila
buat benda bosan pun jadi best bila kepala semua sporting

so konklusi?
plkn best. jangan cepat melatah macam aku masa memula dapat
best sebab kat sana ko kutip banyak ilmu .
free je.


#aku #tak #lupa #member #tunsyed #alammegah #TS4 . semua tu precious lepas family aku.

kbai

Friday, 6 June 2014

Syukur

Sebab hubungan kekeluargaan tu indah

sebab hubungan kekeluargaan tu bermakna

buat aku.

Dan bila kami makin besar
makin injak usia dewasa
maka perpisahan itu perlu

Tabahkan hati 
demi masa depan 
demi jadi anak berguna
demi kejayaan akan datang.

Semua tu pasti akan ada 'hadiahnya' kelak .

Malam terakhir dengan kakak gua 
sebab esok dia kena jadi orang kelate balik.
Tak lama pun , lepas 2 tahun ni sem last.
Hati-hati kat sana.

Aku .
Nanti perak terima kedatangan aku (eleh lama lagi pon)
suka tak suka tolak tepi.
ini soal masa depan aku yang penting.
Harap semua dipermudahkan.

Ahad ni Am balik kolej.
Ko jangan terlampau asyik dengan dunia .
Sebab bumi pun semakin tua .


Ibu Ayah.
Kami makin membesar .
Terima kasih atas segalanya
Kalau dulu riuh suara kitorang kat rumah
sekarang nah masa untuk dating 


Syukur Alhamdulillah

Terima kasih Allah :)

Monday, 2 June 2014

Silent.

Sebab selalu sangat aku rasa
sakit hati
Tapi tak berani nak tentang
nak luahkan

Kalau ada pun mungkin
sebab tu dah cross-boundary aku
Dah lepasi garis had kesabaran aku
yang aku sentiasa tahan
yang aku sentiasa pendam

Aku bukanlah jenis manusia
yang suka lontarkan apa mood aku
kecuali buat semuanya macam biasa
tenang macam damainya dunia lepas hujan


Buat curve dibibir
konon senyum gelak ketawa
macam aku antara orang paling bahagia
sedangkan
dalam hati aku
aku simpan secara mood silent
taknak ada yang tahu


Sebab aku tahu
macammana silent pun semua tu
akan ada yang masih memahami dan faham semua tu.
Dia yang satu.

Sunday, 1 June 2014

Alam dewasa.

Sebab bila aku makin besar
Makin banyak benda dalam kepala otak
Orang kata jangan sibukkan otak
Dengan benda tak penting

Tapi aku..
Setiap apa yang aku fikirkan
bagi aku semua tu penting
Masa depan , hidup aku..
Ahh...

Bila aku makin besar
Baru aku tahu hidup ni tak seindah 
Waktu aku bayangkan masa aku kecik
Walhal aku baru nak menginjak 18 tahun ni
Apekes woi?

Tapi
semua tu tak bermakna
aku tak boleh tersenyum, gelak ketawa
dengan orang yang aku sayang

Susah mana pun
aku kena sedar itu semua makanan kehidupan
yang buat aku kuat
nak tepis obstacles masa depan
Masa nilah aku kena buktikan 
Walau susah mana ujian Allah datang
In sha Allah mesti ada solusi yang terbaik

Doakan aku
agar sentiasa kuat
agar sentiasa berada dalam lindungan Allah
Nak tempuh alam kedewasaan yang maha sulit.

Bak kata kak Fyyn Jamal  
"Langsung BUKAN orang alim. Cuma banyak bercakap tentang baiknya Tuhan"