23 April, 2014

Geo Kosmo memories pt 2.

Assalamualaikum ,


aku pun taktahu kenapa tapi sejak cuti after balik PLKN ni aku makin malas nak bukak blog pastu hapdet pape ke . Haha okay okay aku tahu sebab cuti ni aku jumpa benda baru yang interesting buat aku sampai tak tidur malam semata sebab....jeng jeng... EXO ! Hahahaa . Okay EXO really drived me crazy. Even kakak aku pun sekali terikut aku layan exo pastu jadi lah kipas susah mati exo bersama aku . Hahaa .


Macam yang aku dah niatkan sejak masuk PLKN lagi memang aku nak share life aku masa kat PLKN yang super duper best gila . Best sangat ni espescially kengkawan yang kat sana memang kamcingg gilaaa memang awesome gila even buat benda tak best pun jadi best sebab member kat sana memang best! And aku bersyukur gila sebab dapat kompeni aku , CHARLIE And hell yeahh dorm P6 yeayyyy .

First week masuk tak best sangat sebab takde buat pape pun masa tu . Jurulatih pun sibuk uruskan untuk preparation kelas-kelas kitorang nanti . Ehemm ehemm harap maklumlah ye , kat PLKN ada kelas macam kat sekolah tauu . Jangan harap lepas dah habis sekolah tak payah masuk kelas dengar cikgu mengajar hahaa sebab kat PLKN ada okay! And aku memula tu memang tenseion habis ah dengar . Hahaaa biasalah bila budak yang pasif dalam kelas tetiba kena masuk kelas memang tidurlah jawabnya...... and I DID . peace

So , first kelas MPK . I'm telling you guys kelas MPK is the best class among the classes in PLKN . Bagi aku hahaa . Masa kelas tu je aku tak tidur sangat sebab aktiviti dia best and alhamdulillah sebab masa tu group aku pun memang gempak! Omaigod im missing ira , haris , leslie , ajim , oji , ai ling , tasha , err who else . Okay the rest tak ingat but still rindu korang! Teamwork memang great gempak habis even taklah the best group dalam kelas tapi kitorang memang gila-gila . Aku bukan jenis mudah mesra boleh kamcing easily lagi-lagi ada lelaki sebab shyness overload pffftt tapi dorang semua sporting tahap ah buat aku selesa ngan dorang . Overall memang best! Kelas MPK ni lebih kepada nak tingkatkan keyakinan dalam diri kita . So kalau sape yang rasa dia lack of confidence nahhh kelas ni best :)

Masa kelas tu takde lah dia suruh korang buat presentation kepe , tak haha kalau centu memang aku gelabah gak lah cuma adalah cara kat sana buat untuk tampilkan yang terbaik dalam diri korang . Cuma at the end of the class korang kena buat sketsa ala-ala drama pendek untuk setiap bab yang dah belaja ngan dak group . oh yeayy ada video gak korang kena tengok tiap hari untuk setiap bab dalam modul . Tbh , masa video aku tidur . ngantok.

Aku suggest bagi korang yang bakal pergi PLKN ni , tolonglah nikmati masa kelas MPK ni sebab kelas tu memang best even masa hari terakhir kat sana aku always harap ada balik kelas MPK dengan group aku sebab best sangat hehee .

kay mari beralih ke kelas seterusnya . Kelas-kelas kat PLKN tak sama tau . Maybe dalam seminggu or dua minggu tapi jap ada gak kelas untuk 2 hari je . Akan tukar-tukar . So korang akan jumpa ramai member baru . Jangan risau . Koang bergaul je dengan semua . Be friendly sebab nanti senang je dapat member baru kat sana . Macam aku ni pendiam gak tapi kalau nak tak nak buat bodoh buat dulik tegur je orang buat macam member lama hahahaa . After class MPK habis , hmmm pekerti . Kelas tu tak lama and quite bosan tapi still bermanfaat . Hahaa . Kelas tu ajar perbezaan jantina dan gender . Aku lost sikit masa kelas ni sebab 3 hari je sekejap and aku banyak main ngan sikin . Hahahahaaaaaa .

After that , kelas HIV kot . Hmmm , pengetahuan tentang penyakit tu . Sehari je tak lama no worries . Aku pun tak ingat sangat masa tu hahahaa . Then ada kelas pasal jenayah siber . Haaa ini memang bagus . Nowadays banyak sangat penyalahgunaan internet kann , so PLKN did the right thing for youth. Cuma siapa yang ada kesedaran tu mau lah kut berubah yang takde tu lantak kome lah . Sehari jugak tak lama pun . Hohooo.

After tu , kelas kewarganegaraan . Okay after kelas MPK , kelas ni kut best gak . Agaklah sebab aku group ngan member charlie Izzati . Hahaa . Haa kelas ni kira macam kelas sejarah .. hahaaa . Like srsly . Korang yang suka sejarah mesti suka cam aku ni . Suka gak . Hahaa yang tak suka . RIP.....

Aishhh aku makin takde idea and this is sounds so bored ughhhhh . Okay lastly! Kelas apa nama pun aku tak ingat tapi kelas terakhir ni belajar pasal adab , agama , pantang larang , budaya , perkahwinan , makanan and etc berkaitan kaum-kaum kat Malaysia . BEST ! Masa kelas ni pulaklah aku satu group ngan kezen aku sendiri si YB Zafran hahahahaaaa . LOL . Best . Nampak macam elehhhhh tu common lah heh mana aa . Haaa dalam kelas ni PALING BANYAK kena pergi depan kelas nagn group pastu kena berlakon ke , Choral speaking ke , nyanyi , ikut tajuk hahahaaa . Best wehh serius . Tapi still takleh lawan MPK . Hahaa . Kelas ni happening sebab memasing eksaited nak share budaya memasing kan kateko . Bagus betul . Paling aku akan ingat masa kena buat perayaan and group aku dapat Tahun Baru Cina . Hahaa memang kecoh kelas tu sebab dak group aku ambik kotak pastu buat konon Tarian Singa ( is it? or tarian naga) maap . Sampai memang paling perayaan paling happening hahahaa . Best .

So , maap lah masa kelas takde phone nak tangkap gambar so aku dapat share pengalaman je not pictures :) Apa pun PLKN best :)


07 April, 2014

PLKN Geo Kosmo memories pt 1.

Assalamualaikum.

Hai ! Waa lama gila aku tak hapdet blog huuuu akhirnya aku yeahh kembali menulis . Perghh macam dah hilang touch menaip je ni adehh . Haha . Tapi apepun aku cuba yang terbaik menampilkan apa yang terbaim acewahhh MPK baq hanggg .

So jeng jeng jengg! Aku nak cerita pasal life aku yang memang uh-mazing gila babsss kat PLKN weh . Yes , nak dekat sebulan aku tinggalkan kem Geo Kosmo but the memories still strong in my mind . Taktahu kenapa tapi seems like i love PLKN so much ! Hahaaa sila gelakkan dekat aku yang masa memula taknak pergi tapi bila dah nak balik taknak balik cisss macam-macam lah budak ni ugh . Mohon sepak dia .

5 Januari 2014.

(takde gambar nak share sebab masa first day aku tak hingin nak tangkap gambar nak pergi sana)

Aku bangun pagi tu . Dengan perasaan yang susah gila nak tafsirkan . Malas serabut bengang semua ada . pepagi dah kena bangun siap-siap . Mulut tak henti mengeluh "kalau tak plkn mesti sedap tidur lagi" Puiii cilaka ko nak pergi pun sempat pikir tidur hahaha! Naik kereta tengok rumah macam tak percaya nak pergi plkn 3 bulan  duduk dalam kereta termenung diam tak bercakap sepatah tapi tangan duk sibuk tweet ngehngehngeh . Sampai stadium tengok dah ramai ughh part paling malas= kena duduk dalam crowded memang aku benci gila. So siap daftar terus naik bas . Lambai ibu ayah dari dalam bas sambil tunjuk muka sedih tak rela gituu tapi nasib baik tak nangis tahan wehh tahan ramai gila orang hahahaa pfffft. Budak sebelah aku memula tu sombong gila aku tanya sepatah sepatah dia je tensen bhaii . Dah tu dia senyap aku senyap . Lantak ko lah . Tak lama pastu ada dak ni tegur . Hmm seemed nice . Izzati :) Kawan pertama aku yeayyy dia peramah .

So bas gerak menuju ke kem . Lambai ibu ayah kali terakhir dengan airmata bergenang konon sedih lee haha .  elehh kem kat kampung aku so dah biasa ngan jalan nak pergi sana aku pun dengan selamba tidur dalam bas . Sedar-sedar dah sampai . Turun dah kena jerkah ngan jurulatih . Pfftt ah . Aku dah start tension wtf?
So daftar . ( ALHAMDULILLAH ) daftar dapat company CHARLIE . Tu aku paling bersyukur masuk sana sebab dapat jadi team CHARLIE . Nak citer sweet , zati pun team sama aku cuma lain dorm ahh lantaklah janji sama . Spotceck lah , amik cadar bantal , makan then turun dorm .

Masa jalan nak turun dorm sumpah lawak . Punyalah terkejut tahap apa ah tengok jalan . perghh jauh gila! Dengan panasnya , beg berat gila nak heret guano? Dah lah kena turun tanggan tinggi gila arghhh tension . Nasib ada van tolong bawak barang . Beg bagasi yang besar je ah . Orang? Jalan sendirilah! perghhh hari first dah hilang sekilo dah perghhh . Bila sampai dorm budak tak ramai lagi sebab aku second batch yang datang . Ada third batch semuanya . Hmm pilih katil belakang sebab ada mimi . Dia peramah gila so yeahh jumpa kawan lagi sorang mimi . Dahlah cun hahaha .

Dia guide aku hari tu lepas ni buat apa buat tu ini dah macam mak orang . Hahaa . Aku respek dia sebab macam leader pimpin orang baik punya ah gila . Lepas tu aku pun kemas barang then rehat . Okay sampai tu je

. Baru part 1 dah berjela aku taip hahaaa . Nantikan part 2 ;)