Tuesday, 22 July 2014

Strangers... jom berbuat baik?

Salam Alayk .


Sebelum aku jump terus ke main point apa aku nak cerita--
kalau korang pergi ke satu tempat baru apa korang rasa?

takut?
cuak?
nebes?
haih--
kalau cerita satu satu memang banyak . kan?

Sebabkan aku pernah merasa pergi beberapa tempat
yang aku kira Allah hantar aku sebab nak bagi pengalaman
tak banyak tapi banyak input dan output aku dapat.

Kalau pergi kem or event kepe tu pun dikira jugak--
tapi kem yang korang totally lost dengan strangers
bukan dengan kawan or sesape yang korang kenal.
so kena belajar bawak diri dalam crowd tu.

Aku jenis takut ngan crowd .
what i've fear the most--
being in crowd ngan strangers
haihlahhhh lemah kepala lutut kalau pikir
tengok--pikir je dah takut

So bila Allah hantar aku kat tempat tempat baru tu
aku jadi cepat takut
takut-- nak bawak diri
nak tonjolkan diri kita yang sebenar kat orang lain

tau apa paling takut?
takut orang cepat menyampah
"pehal do budak ni"
"dia ni eww aku tak suka"

diri kita orang tak terima.

Tapi--
kita kena bersangka baik kan?


Aku taknak cakap lah tempat ni aku pergi best
tempat tu aku memula pergi payah gila nak blend
tapi--
aku selalu bayangkan dalam dunia ni
semua orang jenis tak kisah .
ya know , R E D A H

ko dapat member kepala gila tapi baik
layan
ko dapat member pendiam tapi pandai
redah
dapat member kecoh tapi jenis ambik berat
walahhh

yang penting , tak judge dia .
at least , she/he acts with their own personality

baik buruk dia?
dah nama kawan apalagi
jalankan peranan tegur mana tak betul.
jangan jaja sana sini perangai buruk dia
tu kita mengumpat
kenyataan memang tapi benda sakitkan hati dia

takleh tegur--
figure out something yang boleh buat dia terima teguran kita

Okay tu kalau dah berkawan.

kalau memula face dengan strangers.
aku jenis kalau jumpa strangers--
diam jap pastu kecoh sikit ( even jantung tahap nak pecah)
tengok orang ahhh
muka baik senyum je tau ah dia baik so-- masuk
dapat yang muka toya masam gila nak mampus
puihh aku pun takut nak tegur-- kena maki karang

okay lah satu lah aku bagitahu
masa aku dapat grup kat plkn
grup mpk
sumpah--
sporting gila bapak ah .
yang perempuan peramah
tang laki--sporting .


hari first tu duduk sesama . ada game . main--
menang terus . sebab kitorang cooperate gila gila ah.

terus--
malu aku hilang kalau masing masing sporting n peramah.
so aku happy jumpa kawan baru jadi geng kepala hahahah.

bagusnya kalau dalam dunia semua orang camni huhuhuuuuuu.
malu aku pun--
aku  tunjuk effort nak berkawan then tak kisah
macam mana perangai ko
janji kawan lah

kalau korang harap orang lain tegur korang nicely
then--
do the same.

jangan tiap masa ko harap orang tegur.
kang kalau tak perasan kewujudan ko
nangis belakang pintu
eheee

aku pernah ada experience--tegur pastu dia bagi aku
muka baik punya sampai takat didih aku infinity dah
aku sabarkan hati--
dia bad mood tu.

tegur dak laki ni--
dia kata nak ngurat lah
taulah handsome ya Allah im showing some effort to become frieds
dia salah erti
lantak ko

since tu--tobat
haram aku nak tegur dak laki
even masuk tunsyed memang
hati aku keras gila memang tahap mega konkrit

malu and takut menjadi-jadi--
sampai sekarang
haihlahhhh .


so aku mintak sangat--
even dalam dunia yang tak boleh nak percaya strangers ni
kita buat jugak
random act of kindness.
kita happy . orang lain pun happy.
silap-silap--
dia doakan baik baik kat kita .

Macam situasi aku naik bas penang--putrajaya
sensorang.
takut tu puihhh muka memang kelat kelat sebab takut tapi kontrol jelah
nasib dapat seat sebelah makcik ni yang Allah sampai sekarang teringat
baiknyaa .

bas berhenti mana-mana
makcik tu tanya--
"nak pergi tandas tak?. makcik temankan?"
Aku cakap takpe makcik . boleh pergi sendiri.
makcik tu gigih temankan
sambil cakap
"zaman sekarang bahaya nak , perempuan jalan sorang . macam-macam kes"

Nak nangis .

Perasaan bila ko jauh ngan keluarga.
sensorang .
then ada yang datang kat kita. concern . jaga kita baik baik .
terharu dia pehhh aku dah bergenang je airmata.
naik bas . tak henti henti ucap
"terima kasih , makcik . terima kasih"

senyum je makcik tu.
 "makcik rindu anak makcik"
senyum.

Allah-- aku rindu ibu ayah waktu tu.

Sampai Putrajaya tak sempat nak kenal kat ibu ayah.
makcik tu datang tepuk bahu masa nak ambik beg
kata anak dia dah sampai then nak pergi dah.
salam peluk pastu makcik tu terus pergi .

hampa. lagi hampa , aku tak tanya pun nama makcik tu
sebab tak teringat punya seronok sembang dalam bas
teruknyaaaaaaa nadia oiiiiii!!!!!!


Ibu ayah dah marah masa cerita dalam kereta
"lama duduk dalam bas boleh lupa tanya nama"
eheee .
tapi tak lupa cakap terima kasih even masa peluk tu .

and sampai sekarang--
aku doa kat Allah , rahmati keluarga makcik tu .
lindungi makcik tu walau kat mana pun .
sebab--
tak lupa baiknya makcik tu.

Allah pehhh ni pun dah bergenang taip
ish.



So , sebagai seorang muslim . Agama kita menuntut hak berbuat baik
sesama manusia.

jangan kira bangsa agama warna kulit .
(lupakan insiden peugeot putih dan steering lock)
kekekek . selingan je .
okay panjang dah ni .
lastly--

Jom sama-sama,
love each other for Allah's sake?



















Tuesday, 15 July 2014

Muak

Kau kata kat semua--
kau nak seseorang yang sempurna .

Kau canang itu ini
bangga gila nak mampos

Kau pilih dia, dia, dia dan dia
berapa ramai lagi nak buat eksperimen?
semua tu sebab apa?
konon nak cari yang terbaik .
konon.

Lepas kau rasa kau bosan
lepas kau rasa kau puas
kau tinggalkan.

macam tu je?
gilaaaaa .

lepas tu nanti bila masa nak ikat jadi halal
kau canang lagi nak paling sempurna
kat mata kau

"tudung labuh , keluar rumah sentiasa mintak izin blablabla..."

muak aku dengar .
padahal,

kau punya jahiliyah nauzubillah.

sekarang aku nak tanya,
perempuan paling sempurna tu pandang ke lelaki macam kau?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sedar aku bukan baik mana.
tapi cukup aku harapkan--dia yang sudi terima
apa lebih apa kurang yang ada kat aku.






Sunday, 6 July 2014

Hikmah Allah tu sweet

Salam.


Ibu selalu ingatkan aku .
Walau kat mana Allah hantar kita kat sesuatu tempat
mesti ada hikmah.

Berkali-kali gak--
aku yakinkan otak aku yang memang lack gila confidence ni
nak bawak diri dalam crowd
In sha Allah semuanya okay je

So far even tak banyak pun lah tempat yang aku pergi
memang betul apa ibu cakap.

peh
apehal cara cakap macam third-culture-kid duh
hahaa shoot . tak aku bukan

Kadang-kadang Allah hantar kita kat sesuatu tempat tu
sebab nak bagi kita kesedaran
nak bagi otak tau pikir
mana betul mana salah

eh?

Masa aku kat Alam megah , contoh
aku experience benda yang manis je
pokoknya aku tak pernah rasa pahit
slack sikit masa izzati ngan izzah pindah
tu je
hahaa

masa tu ingat hidup ni senang je.
heh tak.

Then , Allah hantar aku pergi penang.
Masuk asrama
jauh gak lah kan
memang kalau tiap kali cuti tu
bukan selalu dapat balik
dapat peluk cium ibu ayah
T___T
sadis

Jujur aku cakap aku tak pandai mana pun
sampai layak masuk sbp
sumpah.
aku jadi pemalas tegar.
sebab tu spm down sikit

Tapi aku nampak kenapa Allah hantar aku pergi sana
apa?

Nak bagi aku rasa apa makna obstacle
nak hidup kat dunia ni
yang banyak sangat duri
bukannya semua senang je
macam aku selalu rasa kat alam megah

kalau ikutkan nampak aku cool je duduk sana
padehal?
dalam hati aku sumpah--
rasa nak jerit kat sana
rasa nak campak barang-barang
rasa nak maki hamun semua

betapa 'susah'
masa memula nak belajar berdiri
pakai kaki sendiri
dekat tempat yang penuh duri

jauh.
guna banyak duit.
homesick
aku tak pandai mana
salu gagal
aku tension gila.

itu duri--nya.

Kira kat sana
memang aku belajar gilagila
nak hidupkan kuat dalam diri
nak ajar diri
nanti kalau masuk u pun kena berdikari jugak.

bila mana aku tengok parents kawan-kawan kat sana
datang bawak makanan
dapat peluk cium
dapat mengadu isi hati
dapat tengok muka mak ayah dorang

subhanallah.
itu sumpah waktu paling kritikal bagi hati aku.

bila aku tak dapat tengok ibu ayah sampai dua bulan lamanya
langsung tanpa khabar berita
sakit dia kira tahap hell weh
kat asrama aku haram nak bawak phone memang kalau warden tau
berkecai kena hempap bata
sebab aku kp aku penah tengok

okay aku tipu
aku memang pernah bawak jugak
sampai kena rampas even aku pengawas
so what?

aku takde duit nak call ibu ayah
ko tau apa?
mak bapak ko datang tiap bulan
ko tau apa?
mak bapak ko datang bawak makanan
aku sampai puasa sunat banyak hari sebab takde duit
ko tau apa?
aku tanya--
ko tau apa?

Tapi aku pegang kata pengetua
walau kat mana-mana tempat kita pergi merantau ke
carilah kebaikannya.

heh ni aku nak cakap
only in asrama tau
dapat merasa prank masa birthday
hahahahhaahahahhaha
mandi tengah malam
pehhh nostalgia gila bila ingat balik hahahahhaha
rindu.

the rest is history.
masuk asrama cuba rasa.

so , dua tahun.
dua tahun je pun
sampai kebal hati aku
aku suntik banyak sangat ubat bius
kebas memula. banyak kali--
kebal jadinya.


Habis dua tahun yang memula perit
kepada pengakhirannya yang boleh tahap membanggakan.
bila dah habis tu
ko akan rasa eyy not bad pun. haha


kira aku berterima kasih kat kawan kawan asrama aku
yang banyak ajar aku macam mana nak jadi kuat
baik dalam cara positif atau negatif
haha k gurau je wehhh

tu cerita kat asrama.
 lepas tu?

PLKN.
sumpah , dalam banyak banyak momen dalam hidup aku
tempat aku pergi
orang aku pernah jumpa

PLKN paling terbaik .
walau cuma 3 bulan.

sekalipun,
aku tak pernah menangis sebab homesick
sebab kawan
sebab rasa tension

tak pernah.

sama-ada hati aku kebal sangat
sebab dah biasa berpisah ngan ibu ayah
atau--
kat sana terlalu manis momennya
dengan orang yang baik baik

entah.

3 bulan?
dengan orang yang aku-langsung-tak-pernah-kenal
tak-pernah-tau-latar-belakang-dia
tak-tau-perangai-dia

semua tu langsung
tak jadi masalah
to break the ice antara kitorang.

penat-tahap-paling-tak-ingat
macam mana pun
sumpah itu indah
sebab kitorang teguh sama-sama

For the first time aku dapat rasa
bila kawan kawan saling sayang menyayangi antara satu sama lain
for Allah's sake .

Eyyyyy berbunganya ayat aku hahaa.
ah cut the crap.

Lepas ni mana pulak arah aku?
Uitm Seri Iskandar.
bulan sembilan kang.
cuak jangan cakap
kadang tu shortbreath aku bila pikir.

Haihlaaaaaaaaaa takut .
satu je aku nak.

nak kawan susah senang.
in sha Allah .


nota kaki:

Kawan alam megah.
Thanks bagi aku pengalaman manis 
aku takkan lupaaa 
zaman remaja zaman nakal zaman jahiliyah
kekekekkeeke.
almost 6 years of friendship ! 

Kawan Tun syed
yang ajar aku macam mana nak survive .
macam mana nak kuat.
no words can describe how thankful i am.
dari sudut hati aku paling deep
terima kasih sangat-sangat . 
keep in touch hokehhh.

Kawan PLKN , 
couldn agree more.
the best . 
let's love each other until Jannahhhhhhhh yeahhhhhhhhhhh .


bakal-kawan-Uitm nanti
jommmmmm jadi geng sekepala????

hahahahahahahahahaahaahha


kbai















Friday, 4 July 2014

Ini nightmare--gila

Pukul dua pagi.
mata masih tak mau lelap.
sialan insomnia.



Aku bukak google .
semata nak research bakal-dunia-baru-aku tak lama lagi
bulan sembilan nanti

Lafaz bismillah
aku tekan search.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hati nak pecah kepala mula nak migraine.
Demmmmmm

"course tu memang susah"
"require strong spirit . physically and mentally"
"guna banyak duit"
"tak cukup tidur"

Gahhhhhh--

TUTUP .

Ini nightmare gila.

*pejam mata*
Aku tanya Tuhan

"Apa aku cukup kuat?"
"Mampu ke aku nanti?"
"Aku takut tak mampu survive"
Ahhhhh serabut

Bodoh.
Belum dicuba dah banyak soal .
akulah.

Tapi itu ruji manusia
Inkuiri sentiasa berlingkar

Ini semua distraksi weh!
Aku naik pening
pejam mata rasa nak nangis.

Bukak Langit Vanilla.
Tepat mukasurat 80

Baca--

Senyum.



Terima kasih kak Wani dan..
mungkin ini sekadar penyedap hati.
macam ajinamoto pelengkap rasa.
(walau aku takcapai tafsir pun T___T)


Adik, 
laut ini luas.jauh lagi perlu kita renang.Badai itu sen-
tiasa ada maka redha.Badai bukan erti kita merela
diri dihanyut.Badai datang, kita tentang.Badai datang,
kita tentang. Kalau kita gagal dan ia menolak kita ke
belakang,kita renang semua ke hadapan.Tidak kira
berapa kali ia menolak kita ke belakang,kita renang
semula ke hadapan.Yang penting,jangan lemas dan
karam.Jangan ditelan air masin hingga kembung perut
lalu tenggelam.

Pelampung ada dikanan kiri jika kau cari.

Air masin ada merata walau kau tak cari.

Cukuplah menelan air masin, dik.

-Langit Vanilla Wani Ardy-


Terima kasih Tuhan...
tak direct tapi cukuplah
menjawab inkuiri aku .

Wednesday, 2 July 2014

Have fun with school-lah !

Salam semua .

Tadi aku jelajah balik post berzaman aku
zaman tak matang
zaman bebudak
zaman jahiliyah
hahahhaaaaaa k gurau

So i've changed .
A lot maybe .
Makin besar makin matang
hahaha matang ke woi ?

Aku rindu zaman remaja aku masa sekolah dulu.
Memories overload !
Tak sampai setahun pun tinggalkan sekolah
tapi peh apa kek rindu dah hahaha

Aku suka pergi sekolah dulu.
Serius.
Besides study aku ada member yang memang syok gila
(tipulah kat sekolah kalau takde geng!)
sambil study sambil having fun
ya know kills two birds witth one stone gituu
baru tak tension belajar!

Tapikannn masuk asrama aku jadi...
pemalas .
pemalas tegar. asyik nak tidur dalam kelas
bahahahahhahaah tak guna ish
but still study tetap in priority list

So i don't gedit kenapa certain--- aku TAK cakap semua hokehh
why kids nowadays macam pergi sekolah tu sebab syarat je?
pergi sebab parents suruh
sebab nak cari pakwe makwe menggatal ( ada ke? demmmm)
why?

Saying stuff like these--
"aku benci sekolah" "malas nak pergi sekolah"
alahai... baru lower form .
sibuk kata susah itu ini apaaaaaaaaaa
rasa nak tegur tapi kang kata sibuk cepat melenting ahh tension

kalau ko reti fokus reti bahagikan masa nak online but still
balance-kan dengan study semuanya okay je
hahahaha sebab aku dulu pun time nak pmr sibuk nak hapdet blog
gahahahha siod

tak tipulah aku dulu pun bukan baik sangat
ponteng koko? time form one lagi aku dah buat
bagi kedatangan pastu blah
time kawad lari

persatuan ngan kelab aku sukati nak datang ke tak
hahahahha

Time form one paling legend
dah gaduh ngan senior
gila tak tipu.
sebab apa?
memula salah paham ngan batchmate pastu geng gedik tu panggil senior dorg
kira back up konon hebat ah kan ada orang sudi protect
dia taktau aku punya kakak dulu pun geng dia boleh tahan pailang
hambik ko.. The rest is history. yang penting semua setel dah

form two kena marah ngan cikgu displin
sebab ponteng kelas katanya
padahal aku pergi toilet.
ye, tapi berenam ngan geng .
hahahahhahahha


lagi satu bab kapel hadoih
am adik aku tu banyak kali dah kena tarbiyyah
nak kata salah takleh gak aku penah buat hahahahahahahhahah DULU ah

asal pandai seimbangkan lah ko nak buat apa
study comes first .
set niat nak pergi sekolah NAK BELAJAR
tahap nakal apa ko nak jadi
belajar tetap belajar.

tapi dari ko kapel pastu melalak kat fb kat tweet
"awak curang" pastu upload gambar
hati tengah sedih dengan si dia
apa ke bangangnya .

ko blah dahlah
banggakan parents dulu
berjaya . biar dia nyesal dumped ko
ehehehehheheheh.

Ini macam dah lari point ah!
so apa aku nak cakaplah
jangan salah paham weh ,
aku bukan suruh ko jadi jahat hahahha
nakal takpe kehkeh k tak jangan okay

nikmatilah puas puas hidup budak sekolah
heaven weh
kalau kat sekolah menengah biasa kira bebas sikit
untung ah
kalau masuk asrama tak boleh cakap "we rules the school"
kang riadah kena turun gak
rollcall ponteng mampus
fly kalau kantoi gantung
haaa
tapi asrama tetap ada best way nak enjoy gak xD


apa aku boleh cakap ,
kalau kau study sambil having fun
kira macam study group ke discussion ke
sambil sambil tu boleh melawak sesama member
best weh.
result gempak pastu nanti boleh group hug !
"wehhh we all did it!"
eyyyyy mixed feelings

best .

okay rindunya masa ambik result pmr ya Allah

Hidup ni makin besar makin banyak challengenya
obstacles datang non-stop
ingat movie boleh pause ngan rewind ? takpun fast-forward kut nak tengok future?
takde maknanya .

Even aku yang baru habis sekolah
dah rindu balik nak sekolah.
homework boleh kata sikit
ada masa lepak lepas sekolah

Bila dah habis sekolah?
fikir nak sambung blaja
risau cuak semua ada
banyak benda kena buat
berdikari
buat sendiri

masuk u
assignment melambak
lagi susahhhhhhhhh dari sekolah
so kalau korang kata sekolah dah susah
cuba masuk u pastu rasa susah kat u camne nak banding ngan sekolah

tahan sikitlah . susah sekarang .
nanti senang .

hard time comes easy bebeh .
cheer up !
gunakan masa se-maksimum untuk korang enjoy
tapi bukan dengan benda negatif  k !
jangan ponteng koko T__T
kawad best pun sebenarnya . hahaa

nah aku tepek sikit zaman aku sekolah masa lower form hahahha
muka gua tak matang lagi T__T




mandi hujan reramai wuuu rindu


kbai.







Anthem setiap pagi

Dari hujung katil aku intai kat tingkap
Dah terang .

Selamat pagi.

Lepas suasana hujan
Suasana waktu pagi aku suka.

Permulaan hari yang paling adventure pun
Kalau dah namanya waktu pagi
Mesti terasa semangat tu ada

Kalau tengok awan pulak
Tak jemu tak penat lafaz Alhamdulillah
Dah jadi anthem.

Hari yang kelam waktu pekat malam semalam pun
Mesti tak sama kalau esok paginya.

Sebab setiap pagi ada energi baru
Nafas baru.


Ahhhhh aku suka waktu pagi
Senang citer.

Salam Ramadhan ke-empat hari :)