25 March, 2024

2024.

Helu. 


Rasa macam dah jadi annual update pula bila tahun baru. haha

Lain lain hari, hanya sekadar jenguk dan senyum baca semua past entries.

Tahun berganti tahun, masa makin cepat mengejar. Sedangkan aku rasa macam umur aku kena freeze.

Masih stuck di 25. Sungguh. 


Dan ya, 2024 tiba.

Penuh syukur aku sambut, 

Masih Tuhan izinkan dan beri aku peluang.


Malam tadi malam ke 13 ramadhan.

Aku balik dari iftar dengan Siddqie dekat Kompleks PKNS.

Dan spend hari sabtu dengan Marsya, Kinah & Adeenda saya.

Twas very chill and fun. Healing betul.


Aku hanyalah manusia typical yang selalunya tersasar jauh.

tapi tetap cuba merangkak balik ke landasan.

And it repeats, everytime. Aku sangatlah jauh dari baik.

Aku hanyalah hamba yang buat benda basic dalam agama, tapi tetap berdosa.

Moga aku kejar lagi pahala bulan ni.


Tapi one thing buat aku sedar,

aku tak pernah tahu Allah would granted me this feelings. Blessed and so happy.

Aku rasa bahagia dalam pelukan rahmat Dia, diizinkan atas rasa bahagia yang sederhana.

Haha menaip ni pun sebak. 


Yelah, sepatutnya kita tak patut pun nak ragukan betapa ar-

Rahman Allah ke hamba nya. Aku sometimes rasa bahagia hanyalah apa yang Tuhan sisakan 

ke aku. Teruk kan? 


Sampai hati aku underestimate Tuhan yang menciptakan. Allahu ( istighfar )

but that's the beauty of Islam. Tuhan sentiasa limpahkan kita dengan berkat dan rahmat Nya.


Aku bahagia semalam. Sesungguhnya.

Teresak aku nangis.

Terima kasih, Tuhan.


At this point, kalau segala sedih and apa yang Tuhan dah ambilkan keberadaannya dari aku untuk aku nikmati apa yang ada harini ini. 

Semua tu worth it, sangat sangat. 

&

Sungguhlah benar, janji Allah tu pasti.


"Allah gantikannya dengan lebih baik"


Sobs. Marilah jadi lebih baik Nadia.

Tuhan baik sangat ni.


p/s: life would never be easy. our path, too. tapi bagilah can saya rant bahagia saya yang sederhana ini. haha esok lusa mesti ada nangis juga hadap life ish ish. Tetap kuat, semua orang! 



04 October, 2023

2023, dan ketidaksangkaannya pt 2.

Assalamualaikum

2023 really stores me a bundle of surprises, no doubt.

you really had no idea how my 2023 was. Em silap, got another 3 months lagi ke 2024.

but still, alhamdulillah.

Tuhan baik sangat.


Can you imagine I started my 2023 with a tinge of sadness of losing someone I thought he's the one for me?

yes. Tuhan hadirkan dia sekejap, tapi takdir not on our side dan semesta pun tak mengizinkan. I guess.

I swore to myself to not letting myself indulge again in love line.


Fast forward, today in Oct 2023.

I am happily announcing that after almost 10 yrs being single hahahah

Tuhan datangkan dia yang sangat sederhana tapi cukup memenuhkan rasa untuk aku.

Wallahi, so happy and so contented with this one. 

Blog ni jadi saksi yang aku pernah cakap, aku sudah jatuh cinta dengan segala kesederhanaan yang Tuhan dah janjikan ke aku.

Kali ni, dengan ada dia. Kesederhanaan ini semua dah sempuna.

Semoga juga Tuhan sudi pinjamkan segala rasa ini sampai hubungan ni dipeluk dengan ikatan halal

dan semesta mengizinkan sampai syurga.


We're working hard towards that. A better life and future, together.

Not just a mere feelings and relationship, but a commitment that comes with responsibilities.

InshaAllah.







siddqie saya! 




04 January, 2023

2023, dan ketidaksangkaannya.

selamat datang 2023, 

last post aku, aku jemput 2022 datang.

tak sangka, setahun dah berlalu. 


2023, came in the most unique way. dan yang paling tak disangka.

betullah orang kata, 

"dan Allah memberinya tanpa disangka dan mengambilnya semula juga 

tanpa disangka"


I was about to taste the happiness that was just right infront of me.

but twas only lasted for hours. 


sungguh, aku dah janji yang aku akan sentiasa berserah.

sebelum nak salahkan takdir, aku dah hukum diri sendiri dulu.


kita mengharapkan perjalanan dan proses yang indah, lupa ke

macam mana kita menjemput sesuatu itu awal-awal? 

'kelangsungan kedepannya itu, sangat berpengaruh bagaimana kita menjemputnya".


semoga tuhan izinkan 2023 saya bahagia.

nyaman, dengan doa-doa yang dilangitkan.



04 March, 2022

2022 dan semoga--

2022, 
mungkin macam tahun sebelum ni yang aku masih tercicir segala
hal aku nakkan dalam hidup.
dan ketinggalan.

tapi, kalau itu tuhan kata yang terbaik.
dengan menunda apa yang aku harapkan
semoga sentiasa redha, nadia.

mungkin tuhan masih peluk erat doa doa.
semuanya.

semoga tetap kuat.
& lanjutkan usaha.


30 September, 2021

25, yang akhirnya.

selamat 25, nadia.

mari sekejap luang masa dan imbas apa yang 25 tahun 

telah mengapa-apakan kamu.


nadia, dihelaian sebelum kau tiba pada harini 

masih ingat kau pernah pandang langit & marah dengan di atas sana.


semua seolah menentang & membenci kamu yang

sebenarnya zarah tidak dipedulikan,

hanya setan yang bersorak menang


dan kau rasa tuhan seolah tidak adil, membiarkan 

kau seorang walhal dia mempersiapkan kau menghadapi dunia

untuk berdiri dengan kaki kamu sendiri, 

tanpa gentar wujud.


pertumpahan darah mental & airmata pada hari sebelum

tibanya hari ini, 

perlahan perlahan tuhan mulai tukarkan semuanya

dengan menumpahkan indah dan bahagia dalam hidup kau


siapa kata dunia juga sentiasa indah?

bahkan dalam surat cinta sudah khabarkan bahawa

dunia disanalah tempat paling indah & total bahagia.

cuma kita harus belajar meng-indahkan & mencari indah 

dalam dunia sini dengan cara kita.


dan kini, 

kau mulai tidak menyandarkan segala kebahagiaan

kepada dunia, kau sudah menerima & berdamai dengan takdir

malah, kau sudah tahu cara tuhan bekerja


di helaian ini, 

kau sudah mula berbicara pada langit

bahawa semuanya sudah baik-baik saja.

segala kesederhanaan yang kau pelajari

membawa perasaan nyaman & tenteram 


semua amarah dan benci yang wujud

padam, dengan indah yang kau sendiri cipta & 

wujudkan dalam diri kau.


semua perlu usaha, nadia.

dan raikanlah kekuatan diri kau yang mampu

melenturkan segala kekerasan lampau hingga terbit

kelembutan yang kuat berhasil membuat kau menerima

semuanya, kerana dia diatas sana.


berbaloikan untuk membiarkan nadi terus berdenyut?


walau kau tak pernah nampak helaian pada hari ini

sebelumnya, tapi janji dia pasti.


24th september 2021, 

officially ended my "a blessing in disguise " phase

welcoming, "to live a life, is a bless" phase.


p/s: harini 30th.

selamat tinggal september 2021 yang indah.

moga tuhan beri keizinan kita berjumpa lagi.

dengan indah yang juga diizinkan berterusan.

selamanya!

08 September, 2021

buat yang ditunggu & menunggu.

semua orang boleh disuruh tunggu.

dan semua juga boleh minta untuk ditunggu.

aku tak nampak ada zarah kesalahan disitu. ya.

boleh.


tapi, seberapa ramai yang boleh menunggu

yang wujudnya seperti tunggul tak dipedulikan?


dan seberapa ramai minta untuk ditunggu 

dengan rasa seperti tiada penyambut?


aku mula nampak logiknya.


tak salah minta ditunggu.

tapi jangan biarkan dia menunggu hanya dengan kata kosong.

dan tiada buah tangan sesederhana seperti pertanyaan khabar.


dan yang minta ditunggu,pastikan usaha agar permintaan

untuk ditunggu itu seolah boleh dilaungkan.

kedengaran dari jauh.

agar boleh dibalaskan riuhnya, semula.


untuk apa?

agar semuanya tidak merasa sia-sia.


tidak sia-sia menunggu.

dan tidak sia-sia minta ditunggu.


inilah hidup.

validasi itu perlu, agar bukan kita hanya bersorak sendirian.

kepastiaan dari validasi juga membunuh tiap perasaan yang tumbuh

dengan cubaan untuk meracun fikiran kita dengan kata-kata jahat.


dan hidup juga mengajar kita,

semuanya harus usaha.

berusaha menjadi terbaik dalam menunggu.

malah, menjadi terbaik ketika tahu sedang ditunggu.

aman rasanya perasaan.

mengetahui, saling berusaha jadi yang terbaik.


kan?

tapi tulah, kemampuan kita terbatas.

ada boleh, ada yang tergelincir.

tetap kayuh jika masih ada sisa semangat.


tapi, segera berhenti

jika terlalu melelahkan, ketika usahanya hanya sendiri.

02 September, 2021

dia yang aku tunggu.

every year, yes.


dan seperti biasa, aku buka luas pintu cuma tiap kalinya dia,

penuh rasa.

menyambut dia dengan senyum dan harapan agar 

semua yang baik-baik.


selamat tiba, september!

yang paling aku tunggu & gemar.

27 August, 2021

august.

 here >>>>> august.