Tuesday, 22 July 2014

Strangers... jom berbuat baik?

Salam Alayk .


Sebelum aku jump terus ke main point apa aku nak cerita--
kalau korang pergi ke satu tempat baru apa korang rasa?

takut?
cuak?
nebes?
haih--
kalau cerita satu satu memang banyak . kan?

Sebabkan aku pernah merasa pergi beberapa tempat
yang aku kira Allah hantar aku sebab nak bagi pengalaman
tak banyak tapi banyak input dan output aku dapat.

Kalau pergi kem or event kepe tu pun dikira jugak--
tapi kem yang korang totally lost dengan strangers
bukan dengan kawan or sesape yang korang kenal.
so kena belajar bawak diri dalam crowd tu.

Aku jenis takut ngan crowd .
what i've fear the most--
being in crowd ngan strangers
haihlahhhh lemah kepala lutut kalau pikir
tengok--pikir je dah takut

So bila Allah hantar aku kat tempat tempat baru tu
aku jadi cepat takut
takut-- nak bawak diri
nak tonjolkan diri kita yang sebenar kat orang lain

tau apa paling takut?
takut orang cepat menyampah
"pehal do budak ni"
"dia ni eww aku tak suka"

diri kita orang tak terima.

Tapi--
kita kena bersangka baik kan?


Aku taknak cakap lah tempat ni aku pergi best
tempat tu aku memula pergi payah gila nak blend
tapi--
aku selalu bayangkan dalam dunia ni
semua orang jenis tak kisah .
ya know , R E D A H

ko dapat member kepala gila tapi baik
layan
ko dapat member pendiam tapi pandai
redah
dapat member kecoh tapi jenis ambik berat
walahhh

yang penting , tak judge dia .
at least , she/he acts with their own personality

baik buruk dia?
dah nama kawan apalagi
jalankan peranan tegur mana tak betul.
jangan jaja sana sini perangai buruk dia
tu kita mengumpat
kenyataan memang tapi benda sakitkan hati dia

takleh tegur--
figure out something yang boleh buat dia terima teguran kita

Okay tu kalau dah berkawan.

kalau memula face dengan strangers.
aku jenis kalau jumpa strangers--
diam jap pastu kecoh sikit ( even jantung tahap nak pecah)
tengok orang ahhh
muka baik senyum je tau ah dia baik so-- masuk
dapat yang muka toya masam gila nak mampus
puihh aku pun takut nak tegur-- kena maki karang

okay lah satu lah aku bagitahu
masa aku dapat grup kat plkn
grup mpk
sumpah--
sporting gila bapak ah .
yang perempuan peramah
tang laki--sporting .


hari first tu duduk sesama . ada game . main--
menang terus . sebab kitorang cooperate gila gila ah.

terus--
malu aku hilang kalau masing masing sporting n peramah.
so aku happy jumpa kawan baru jadi geng kepala hahahah.

bagusnya kalau dalam dunia semua orang camni huhuhuuuuuu.
malu aku pun--
aku  tunjuk effort nak berkawan then tak kisah
macam mana perangai ko
janji kawan lah

kalau korang harap orang lain tegur korang nicely
then--
do the same.

jangan tiap masa ko harap orang tegur.
kang kalau tak perasan kewujudan ko
nangis belakang pintu
eheee

aku pernah ada experience--tegur pastu dia bagi aku
muka baik punya sampai takat didih aku infinity dah
aku sabarkan hati--
dia bad mood tu.

tegur dak laki ni--
dia kata nak ngurat lah
taulah handsome ya Allah im showing some effort to become frieds
dia salah erti
lantak ko

since tu--tobat
haram aku nak tegur dak laki
even masuk tunsyed memang
hati aku keras gila memang tahap mega konkrit

malu and takut menjadi-jadi--
sampai sekarang
haihlahhhh .


so aku mintak sangat--
even dalam dunia yang tak boleh nak percaya strangers ni
kita buat jugak
random act of kindness.
kita happy . orang lain pun happy.
silap-silap--
dia doakan baik baik kat kita .

Macam situasi aku naik bas penang--putrajaya
sensorang.
takut tu puihhh muka memang kelat kelat sebab takut tapi kontrol jelah
nasib dapat seat sebelah makcik ni yang Allah sampai sekarang teringat
baiknyaa .

bas berhenti mana-mana
makcik tu tanya--
"nak pergi tandas tak?. makcik temankan?"
Aku cakap takpe makcik . boleh pergi sendiri.
makcik tu gigih temankan
sambil cakap
"zaman sekarang bahaya nak , perempuan jalan sorang . macam-macam kes"

Nak nangis .

Perasaan bila ko jauh ngan keluarga.
sensorang .
then ada yang datang kat kita. concern . jaga kita baik baik .
terharu dia pehhh aku dah bergenang je airmata.
naik bas . tak henti henti ucap
"terima kasih , makcik . terima kasih"

senyum je makcik tu.
 "makcik rindu anak makcik"
senyum.

Allah-- aku rindu ibu ayah waktu tu.

Sampai Putrajaya tak sempat nak kenal kat ibu ayah.
makcik tu datang tepuk bahu masa nak ambik beg
kata anak dia dah sampai then nak pergi dah.
salam peluk pastu makcik tu terus pergi .

hampa. lagi hampa , aku tak tanya pun nama makcik tu
sebab tak teringat punya seronok sembang dalam bas
teruknyaaaaaaa nadia oiiiiii!!!!!!


Ibu ayah dah marah masa cerita dalam kereta
"lama duduk dalam bas boleh lupa tanya nama"
eheee .
tapi tak lupa cakap terima kasih even masa peluk tu .

and sampai sekarang--
aku doa kat Allah , rahmati keluarga makcik tu .
lindungi makcik tu walau kat mana pun .
sebab--
tak lupa baiknya makcik tu.

Allah pehhh ni pun dah bergenang taip
ish.



So , sebagai seorang muslim . Agama kita menuntut hak berbuat baik
sesama manusia.

jangan kira bangsa agama warna kulit .
(lupakan insiden peugeot putih dan steering lock)
kekekek . selingan je .
okay panjang dah ni .
lastly--

Jom sama-sama,
love each other for Allah's sake?