15 June, 2021

reset.

22 tahun aku hidup, setiap permulaan diiringi penuh 

rasa harapan, sarat dengan persoalan dan tepu dengan

sabar yang tiada penghujungnya.


aku lupa, masih wujud permulaan yang sarat dengan

luka dan penuh dengan kedinginan yang mencengkam.


permulaan untuk melupakan sesuatu yang pernah

berharga. dan seseorang yang selalu memenuhkan

tiap rasa dalam ruang yang wujud di atmosfera aku.


sakitnya, mahu melupakan dan mengambil langkah

pertama dengan kau tahu perlu buang tiap cebisan seseorang

di kotak memori.


ada button reset, untuk aku reset semuanya?


200818

12.03 a.m.

notes iphone




No comments: